Terkebil-kebil mataku apabila ku melihat bagaimana berita gempar tentang seorang gadis dipeluk oleh seorang artis Korea menjadi bualan hangat ramai pihak. Ada pihak yang menyerang habis-habisan, ada juga yang menyokong dan ada juga yang cuba meredakan. Isu ini sensitif, ramai sekali yang minat Korea lebih-lebih lagi dikalangan kita, generasi Running Man dan Roommate. Aku tahu. Kerana ramai juga sahabat-sahabatku yang terjebak sama dalam melihat dan meminati artis-artis Korea. Aku tahu. Kerana dua tahun dahulu aku juga sama: meminati Kpop.
Sekarang aku rasa tiada guna lagi memuja mereka, fanatik mencari gambar ikon itu dan menyimpannya di folder laptopku, menjadikannya wallpaperku. Dah serik. Aku tanya diriku, "Adakah mereka kenal siapa aku? Adakah mereka akan menolongku di akhirat nanti?" Aku tahu jawapannya di dalam hati, jadi aku berhenti. Kerana aku tahu nyawaku dapat diambil bila-bila masa sahaja. Mungkin saja ia diambil tika ku tertawa melihat Running Man. Oh tidak. Aku ingin diambil nyawaku bila lidahku mampu melafazkan dua kalimah syahadah. Aku tidak mengatakan salah melihatnya. Aku setuju, banyak saja aktiviti-aktiviti yang dibuat didalam show itu diambil-guna dalam kem-kem motivasi yang dipelan oleh para belia. Namun begitumana kita menjadi taksub dan terbawa-bawa dalam kehidupan harian, ia menjadi obsesi membahayakan.
Aku juga tidak menyangkal, ramai diluar sana belum faham kenapa aku seperti "extreme" dalam isu ini. Bukan aku extreme, aku cuma menjumpai yang lebih baik. Aku telah kenal ikon-ikon yang patut ku puja. Itulah Rasulullah S.A.W, para-para sahabat, para-para tabi'en, fuqaha dan tokoh-tokoh Islam. Meski tiada gambar mereka, kisah hidup mereka sudah cukup untuk mengobarkan semangatku untuk menjalani kehidupan untuk meraih redhaNya. Aku cemburu. Aku cemburu bukan kerana jualan album artis Korea laris dipasaran. Bukan. Aku cemburu dengan kematian Ahmad Ammar yang hidupnya kerana Ilahi. Aku cemburu dengan Sultan Muhammad Al-Fateh kerana diusia mudanya mampu menakluki Konstantinople. Aku cemburu dengan Rabiatul Adawiyah yang mengabdikan dirinya hanya untuk Allah. Aku cemburu dengan Summayah, wanita syahid pertama Islam.
Semua tahu bukan adanya syurga dan adanya neraka? Aku tidak pasti jika aku 100% ahli syurga. Namun aku pasti mengikuti jalan panduanNya aku mungkin saja diterima kedalamnya. Aku ingin begitu. Doakan aku.
Aku yakin buat masa ini, musuh-musuh Islam sedang mentertawakan kita. Mungkin sahaja mereka berkata-kata "Lihat sekarang umat Islam. Mencaci dan berlawanan sesama sendiri. Kita tidak perlu buat apa-apa lagi. Mereka jugalah yang akan memusnahkan sesama sendiri." Bagaimana pandanganmu? Bukankah begitu? Ambil sahaja kita belia Brunei, dengan perbezaan pendapat pun kita saling ingin menunjukkan siapa yang lebih betul. Lebih-lebih lagi dengan adanya Facebook, Twitter, Instagram dan pelbagai lagi laman sosial yang telah dibuat. Aku tahu. Kerana terkadang aku juga punya ego begitu.
Namun hakikatnya kita bukan ulama, sahabat fillah. Penghukuman yang kita jumpa selalunya berlandaskan Google. Adakah kita sendiri mengkaji sesuatu urusan itu? Dan ya memang, kita semua punya "freedom of speech", namun aku kagum dengan Nouman Ali Khan apabila dia mengatakan:
"As a student of Quran, I will not answer questions about hadith, fiqh, or aqeeda. We all need to know our limits. We are living in an age where we are so free to express our opinions, that we are kind of reckless in sharing our opinions on matters that we are not fully knowledgeable of. That’s what social media has turned us in to. Everyone has a very strong opinion, and that has to be undone."
Dia teguh dengan pendapatnya. Kita tahu dia berilmu, namun dengan ilmunya itulah dia tahu dia belum cukup ilmu. Hebat bukan? Indahnya bila kita sebegitu. Terkadang jika tidak selalu, ku juga kalah bab mengalah. Ku rasa seperti aku harus buktikan bahawa aku betul. Kerdilnya aku. --- Berbalik kepada musuh-musuh Islam, adakah kita ingin mereka duduk ketawakan kita? Kenapa kita harus membantu mereka? Kemana hilangnya persaudaraan yang terjalin sesama Islam? Kalau bukan sesama Islam, sesama manusia?
Kita yang telah berubah, lama atau tidak, tiada beza. Allah mampu menarik hidayah seseorang yang telah lama berada dijalan ini, dan Dia mampu memberi hidayah kepada seseorang yang berada dalam kegelapan. Tiada senior, tiada junior. Mungkin ada dalam bekerjasama, namun dimata Allah semua sama. Jadi aku mohon, kita juga bertoleransi bersama. Diriku juga beruntung kerana masih berada disini, mungkin saja aku mampu goyah dan kembali kepada diriku yang dahulu. Namun istiqamahku juga kerana Dia membenarkanku. Aku hanya mampu percaya kepadaNya.
Mampukah kita untuk tidak sindir menyindir sesama sendiri? Semua juga perlukan sokongan. Dan kita patut tahu kita tidak semestinya betul. Jika salah, tolong betulkan, tolong tunjukkan dan yang lebih penting, sila jangan memaki hamun. Aku tidak ingin menjadi megah dalam kehinaan. Allah telah berfirman:
Aku pasti. Kita mampu bangkit dari semua ini. Kita pemuda. Syabab masa kini. Kita belia yang impikan perubahan, mendoakan perubahan dan lebih penting, mampu menggerakkan perubahan. WE are the youth of change!
Aku rasa penulisanku sudah kehulu-kehilir. Terkadang aku rasa dunia ini meletihkan. Namun aku harus kuat. Kerana jika aku kalah disini, bagaimana aku akan berjumpa dengan Rasulullah S.A.W. bila dia lebih sengsara dari kita sekarang ini?
Sekian sampai disini sahaja coretan hatiku hari ini. Aku meminta maaf jika punya salah-silap dalam penulisanku. Moga Allah melembutkan hati-hati kita dalam kasih sayang keranaNya. Salam sayang dari diriku.

"Jadilah pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang makruf, serta jangan pedulikan orang-orang yang bodoh.
Dan jika setan datang menggodamu, maka berlindunglah kepada Allah. Sungguh, Dia Maha Mendengar, Maha Mengetahui.
Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa apabila mereka dibayang-bayangi pikiran jahat (berbuat dosa) dari setan, mereka pun segera ingat kepada Allah, maka ketika itu juga mereka melihat (kesalahan-kesalahannya).
Dan teman-teman mereka (orang kafir dan fasik) membantu setan-setan dalam menyesatkan dan mereka tidak henti-hentinya (menyesatkan)."
[Surah Al-Araf : 199 - 202]
Aku pasti. Kita mampu bangkit dari semua ini. Kita pemuda. Syabab masa kini. Kita belia yang impikan perubahan, mendoakan perubahan dan lebih penting, mampu menggerakkan perubahan. WE are the youth of change!
Aku rasa penulisanku sudah kehulu-kehilir. Terkadang aku rasa dunia ini meletihkan. Namun aku harus kuat. Kerana jika aku kalah disini, bagaimana aku akan berjumpa dengan Rasulullah S.A.W. bila dia lebih sengsara dari kita sekarang ini?
Sekian sampai disini sahaja coretan hatiku hari ini. Aku meminta maaf jika punya salah-silap dalam penulisanku. Moga Allah melembutkan hati-hati kita dalam kasih sayang keranaNya. Salam sayang dari diriku.
No comments:
Post a Comment