Sunday, January 18, 2015

Jihad Diri

** Kalau pernah baca Jihad Diri sebelum ini, ada diatas sekali satu hadith, yang telah ditegur dengan kasih sayang teramat oleh seorang ukhti bahawa ia... hadith dhoif (lemah). Kerana dalilnya tidak pasti dari mana. Huuuu AFWAN JIDDAN semua *tutupmuka. Ana juga membaca dari sini tentang pengertiannya. Jadi pengajarannya.... kalau hadith itu tidak mempunyai asal-usul, kita sebagai pembawa message kena berhati-hati menggunakannya. Kata-kata Nouman Ali Khan kembali menampar diri. Tolong-tolong tegur kalau ada salah silap makna ya di blog ini. Kalau ukhti boleh direct dial pada hati *batuk-batuk. Kalau bukan ukhti yakni akhi atau campuran ukhtiakhi eh adakah benda ni? boleh kalau nak anonymous comment saja dengan teguran (takkan approve punya) atau kalau nak email: SarahMutalif Jazakumullahu khaiyran katheera! (26 Januari 2015)

Semenjak dua menjak ini... fikiranku bertubi-tubi melontarkan kata-kata mencemuh diri. Aku sedar. Aku perlu cemuhan itu. Ramai ukhtiku menegur kerana terkadang aku seperti menghina diriku. Ya, itu aku. Aku jenis wanita yang punya ego tinggi. Jadi aku perlu kata-kata yang menurunkan ego diri untuk aku bangkit kembali. Kerana itulah aku membenci diri... untuk menyayangi diri kerana itu jihad diri. Kita punya pelbagai cara untuk menyemarakkan api dalam diri. Buat diriku, aku selalu mengutuk diri dan membeza-bezakan diriku dengan para sahabat. Jadi aku amat mensyukuri sesiapa yang mampu berterus-terang denganku apabila aku terlebih laku.

"Dan aku tidak membebaskan diriku (dari kesalahan) karena sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan, kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
[Yusuf  : 53]

Kalau ingin tahu, aku guna tactic begini (ya, memang aku bercakap dengan diri):
  1. "Jangantah perasan hebat Sar, juz 30 lagi belum hafal. Sudahlah!"
  2. "Sar, please, check diri. Jangan belabih. Kau tu hina. Kau perlu Dia!"
  3. "Tau tah diri banyak cakap, bagitah orang lain lagi becakap. Sadar diri please!"
  4. "Malu lah sikit. Kau ni preach preach preach, sudah kah practice what you preach?"
  5. "Eh, jangan pandang rendah orang lain, dulu kau sama jua."
  6. "Kata kan jadi penolong Allah, ani apa ni, malas ani?"
Ini cara muhasabahku. Kerana terlebih sering, aku mungkin lupa diri. Oh sebelum terlupa, aku tidak berbahasa begini dengan orang lain kecuali diriku sendiri, jadi... jangan risau. Aku cuma mengasari diri. Bukan ukhti.

Dan Aku bersumpah dengan jiwa yang amat menyesali dirinya sendiri
[Al-Qiyamah : 2]

Lontaran kata-kata dalam fikiranku, ku salurkan menjadi sebuah rap (aku rasa ianya rap... kalau bukan em... senyap saja ya) Melayu (Brunei). Jarang sekali untuk ku membuat sesuatu di alam maya dengan berbahasa Brunei, tapi bahasa Brunei itulah yang begitu dalam sekali tusukkannya untuk membangkitkan diriku. Aku tahu ianya tidak seberapa, jadi kalau ia bukan citarasa, masih punya masa untuk berhenti membaca.

*Tarik nafas dalam-dalam*

Ku mencuba kan me-rap Melayu
Kalau bida inda payah beritahu
Kisah tentang seorang wanita
Mun mau tau silatah baca

Setiap hari ia bangun pagi
Tapi actually sudah kan tengah hari
Ani tah rutin sehari-hari
Inda tau bilatah kan beranti

Apa masalahmu kan bini-bini
Kenapa masih macam ani
Kena ceramah berkali-kali
Tapi telinga masih tuli

Sudah tau diri inda seberapa
Mulut bercakap macam apa
Kata Mama jaga perangai
Tapi ulah masih jua inda bisai

Sudah tah banyak angan-angan
Perasan kan cari dangan
Subuh pun ada yang terabai
Anikah belia idaman Brunei

Keraja selalu meliat mobile
Cemanatah jua inda lalai
Iatah ni kan jadi contoh
Pleaselah akhlak masih jua runtuh

Kuat lagi melayan nafsu
Kau fikir kau Goku
Perasan hebat untuk melawan
Last-last diri jua yang tertawan

Tapi...

Hey wanita bukalah mata
Dunia ini semuanya fana
Tingkatkan lah mutu dirimu
Untuk jadi penolong Tuhanmu

Belum lambat untuk berubah
Jangan peduli terus gagah
Islam menunggu engkau kembali
Untuk menjadi insan sejati

Kalau lemah bacalah sirah
Kisah pengorbanan tumpah darah
Terapkan cerita mereka dihati
Untuk kembali ke JannahNya nanti.

*Hembus nafas perlahan-lahan*

Err... aku tidak pasti jika ia sesuatu karya yang dapat diamati namun, itu dari diriku buat diriku. Caraku itu mencabar diriku untuk bangkit kembali, aku tidak akan kalah dengan diri kerana aku tahu, lawan yang paling susah ialah diri sendiri. Aku sahut cabaran diri untuk diri!

Sekarang ini sangatlah mudah untuk goyah iman. Namun ku beruntung punya teman untukku solat berjema'ah bersama. Namun dia juga akan pergi... dan perginya itu esok. Segala sesuatu takkan kekal. Jadi kerana manusia juga tidak kekal, kita perlu diri untuk mengingati diri. Kita tidak boleh selalu berharap kepada ukhti atau orang lain kerana... pada suatu masa, Allah mungkin akan campak kita ditempat dimana semuanya asing. Jadi haruslah menjadi ghuraba berani yang selalu bersaing dengan diri untuk menggapai redha Ilahi.

Disebalik itu juga, cara yang lebih baik juga ialah untuk menelefon ibuku yang selalu mengisi rohku dengan tazkirah bermanfaat, kerana dia tahu aku siapa.  Kalau ada orang di dunia ini yang boleh meruntuhkan egoku, itu ibu. Dan juga ayat-ayat Al-Quran yang menyentap diri. Tapi terkadang, diri lari dari Az-Zikr dan selalu mencari-cari nasihat manusia walau Quran selalu disisi.

Malunya aku.

Sahabat fillah, jika dirimu punya satu cadangan atau kata-kata semangat buatku, silalah berhubung dengan diri yang khilaf ini. Ku ingin mendengar kritikan yang membina. Jazakumullahu khaiyran katheera.

1 comment:

  1. Part rap ah, rapping banar eh dalam utak.
    Mashaa Allah.
    Emang bener kali ya hati kita berdua itu ada ikatan istimewa (seh ayaaaat. Manith.)
    Sebab seringkali kita memikirkan atau menghadapi hal yang hampir sama pada waktu yang sama. Wah macam kembar...cuma saya kecik (and comel? hahaha gurau je).


    Dihadirkan pelangi setelah hujan ribut melanda diri.
    Agar kita bangkit untuk melihat mentari.
    Indahnya cinta Ilahi.

    ReplyDelete