Menjejak bumi Southampton,
ku hirup udara malam segar,
ku pergi ke destinasi tujuan,
kerana dalam hati ku punya satu harapan,
satu misi tertanam di kalbu,
tercapai atau tidak aku masih tak tahu,
untuk jiwa yang sedang mencari,
erti sebuah realiti.
Pada malam Dia diagungkan,
cerita tentang kisah kehidupan,
beruntung ku punya teman sepertinya,
dan aku tergamam mendengar kata-katanya,
dari dahulu kami seperti dua dunia,
perbezaan yang amat nyata,
namun destinasi kami satu hala,
Dia menyatukan kami tanpa diduga,
kini.. bersamanya aku bisa.
Oh bumi Southampton,
aku ingin kembali sekali lagi,
sebelum tiba waktunya aku pergi.
Coretan hati:
Aku terkesima tika berada di Southampton. Pertama kali kakiku melangkah keluar kereta api, hatiku seperti mengatakan aku telah pulang. Tenang dan damai. Dan aku rasa.. dilindungi. Allah, Kau baik sekali. Bahagianya, aku lebih mengenali dan menjadi lebih rapat dengan ukhtiku seorang ini. Pergi kerumahnya sehari selepas ketibaanku disana, jeritan terkejutnya melihat aku menjadi melodi syahdu dalam telingaku. Memori itu akan sentiasa membuatku tersenyum. Ukhti, jika kau membaca ini, ku tidak pandai melafaz melebihi. Cukup sekadar, aku mencintaimu kerana Ilahi. Tolong sedari diriku tika aku menjauh pergi. Aku ingin bersamamu hingga ke Jannah nanti :)

No comments:
Post a Comment