Setelah sekian lamanya, apabila kembali mendengar gelak tawa ukthi dalam satu sesi. Ah, bahagianya diri. Tersenyum sendiri; dihati terasa ikatan kerana Ilahi. Didalam riang tawa kebahagiaan punya satu intisari yang dibicarakan. Ku bermonolog sendiri.
Monolog dalam sesi
Didalam lubuk hatimu, kau tahu apa yang kau lakukan tu salah.
Kau tahu.
Tapi entah kenapa, kau lakukan juga.
Kau bertanya, berkali-kali, "Halal kah haram?"
Namun jika dikata haram, adakah kau berhenti melakukannya?
Kau melihat sekelilingmu, "Ah! Mereka yang lain masih melakukannya."
Kau faham, tapi kau tak ingin faham.
Kau takut. Takut akan cemuhan mereka disekelilingmu.
Kau telah campur adat dengan agama.
Kerana pendapat orang lain menjadi tuhanmu, kau lupa akan Tuhan yang satu.
Apa guna bertanya pakai tudung atau tidak, couple atau tidak,
bila dijawab tidak, pun kau masih melakukannya?
Kembalikan kepercayaanmu kepada Yang Satu dulu.
Baru kau dapat menerima segala sahutanNya.
"Tapi kedua ibubapaku.. juga tidak solat. Mestikah aku solat?"
Mungkin juga mereka dididik dalam kejahilan agama.
Jadi dirimu, apabila kau tahu, cari ilmu, dan lakukan.
Kebenaran itu perlu lahir dari dalam hatimu dan kefahamanmu.
Bukan membabi-buta mengikut orang sekelilingmu.
Islamkan dirimu. Lahir Islam bukan menjamin seorang Muslim.
Muslim terlahir apabila perilaku Islam.
Terjadikah Muslim jika tidak melakukan rukun Islam?
Solat terabai, Muslimkah diri?
Dalam dunia dimana orang asing menilai Islam melalui penganutnya.
Inginkan kau mencemarkan Islam yang cantik dengan perilakumu yang bukan Islam?
Membawa orang lain ialah memperbaiki diri sendiri.
Namun kita sedar, kita takkan dapat menjadi 100% baik dalam dunia ini.
Kita manusia, bukan Nabi, bukan malaikat.
Jadi disamping menyeru kebaikkan, kita memperbaiki diri sendiri.
Agama kita mudah...sangat mudah.
Ia mengajar erti cinta, cinta kepada segala-gala ciptaanNya.
Bagaimana rasa hatimu selepas mencaci, membenci, menghina?
Sakit bukan? Kosong bukan?
Hidup yang sekejap ini... lebih indah jika dipenuhi dengan cinta.
Cinta kepada sesuatu yang mendekatkan kita kepada Allah.
Orang sekarang tak sembahyang, tapi dia pergi tengok wayang.
Orang sekarang tak puasa, tapi dia biarkan nafsu berleluasa.
Orang sekarang tak zakat, tapi dia loan banyak, hutang pun melekat.
Orang sekarang tak haji, tapi dia banyak pergi bercuti.
Fikir-fikir... kemana hilangnya syahadah yang dilafaz?
No comments:
Post a Comment