Bro, aku tau kau rasa susah sangat nak mujahadah.
Aku faham perasaan kau!
Aku mohon kau jangan lemah. Please!
Aku tau kau kuat!
Jangan mengalah bro!
Percayalah, setiap susah payah kau dalam mujahadah kau, Allah tak akan sia-siakan. Allah akan beri kau syurga yang tertinggi!
Kalau kau tersungkur, please jangan rasa lemah!
Please bangun semula dan teruskan mujahadah kau!
Ya, kau akan teringat kat dosa-dosa maksiat yang kau pernah lakukan.
Ya, kau akan rasa lazat dan rasa nak buat semula dosa-dosa maksiat semua tu.
Tapi percayalah bro, tu semua hanyalah bisikan-bisikan syaitan dan hawa nafsu kau sahaja!
Istighfar bro, istighfar!
Kalau kau lemah sangat-sangat nak lawan bisikan syaitan dan godaan hawa nafsu, kau buat solat sunat, kau baca al-Quran.
Kalau kau lemah sangat sampai akhirnya kau tersungkur kembali berbuat dosa, bangkitlah. Bangunlah pertahankan iman kau kepada Allah!
Aku tau kau boleh bro!
Cuma kau lemah. Dan tiada siapa yang mampu ubah kau kecuali diri kau sendiri!
Tapi kau jangan rasa keseorangan, sebab kami semua berada untuk pimpin kau hingga berjaya!
Ingat!
Islam merindui pemuda yang ingin kembali seperti kau!
----------------------------------
Ihsan dari Tarbiah Sentap.
Satu tazkirah yang memang tepat pada diri dan waktu! Definitely my kind of reminder! Bila waktu exam saja memang setiap orang akan merenung kembali kepada waktu-waktu gembira, terkadang termenung sakan sehingga terbabas waktu. Padahal Allah telah kata, manusia sentiasa dalam kerugian. Ah, rugi nya diri!
Peperiksaan ni hebat. Sebelum exam mula dan setelah exam habis, memang dua waktu yang muhasabah mendalam. Bila last minute bersedia untuk exam, adakah diri akan last minute juga persediaan untuk akhirat? Sedar diri sikit Sarah. Allah boleh tarik nyawa bila-bila masa. Ya. Walaupun sekarang. Dia Maha Berkuasa. Jadi, who are you to think you can do everything later? Beribadahlah (ibadah ni termasuk belajar, makan, minum dan lain-lain) dengan itqan (elok). Mungkin sahaja ia hari terakhir mu.
Menunggu waktu habis exam 2 Feb. Doakan! Jazakumullahu khaiyran katheera.
Sedikit coretan hati dari diri:
Aku sedar aku siapa.
Aku tahu dulu aku bagaimana.
Tapi yang pasti, aku tahu aku boleh berubah.
Dan aku ingin berubah!
Kau masih melihatku seperti diriku yang dahulu?
Terserah.
Aku juga punya sisa jahiliyah.
Aku tahu sangat.
Tapi aku ingin juga berdakwah.
Dan aku takkan minta maaf.
Kerana Islam ingin aku sebarkan.
Cuma aku bukan yang terbaik.
Aku mencuba, walau aku insan hina.
Semua demi Allah.
Bukan engkau, bukan sesiapa.
Hanya keranaNya.
Kalau kau ingin membenci.
Siapa aku untuk merubah itu.
Aku cuma diriku.
Khilaf.
Sentiasa khilaf.
Sehingga aku mati.
Macam mana nak ubah persepsi manusia yang telah kenal diri sewaktu jahiliyyah? Terkadang, aku kenang sewaktu dulu itu, aku bersyukur, kerana tanpa semua itu, aku takkan berada disini. Dan terkadang, aku renung kembali, aku ingin semua itu tidak terjadi. Padam dari hidup. Tapi realiti, aku disini kerana dahulu aku disitu. Jadi, bantu aku bangkit! Semua tidak lepas dari kesilapan. Ya, mungkin aku hipokrit. Tapi aku masih ingin menjadi insan mulia dimataNya.
Sedikit coretan hati dari diri:
Aku sedar aku siapa.
Aku tahu dulu aku bagaimana.
Tapi yang pasti, aku tahu aku boleh berubah.
Dan aku ingin berubah!
Kau masih melihatku seperti diriku yang dahulu?
Terserah.
Aku juga punya sisa jahiliyah.
Aku tahu sangat.
Tapi aku ingin juga berdakwah.
Dan aku takkan minta maaf.
Kerana Islam ingin aku sebarkan.
Cuma aku bukan yang terbaik.
Aku mencuba, walau aku insan hina.
Semua demi Allah.
Bukan engkau, bukan sesiapa.
Hanya keranaNya.
Kalau kau ingin membenci.
Siapa aku untuk merubah itu.
Aku cuma diriku.
Khilaf.
Sentiasa khilaf.
Sehingga aku mati.
Macam mana nak ubah persepsi manusia yang telah kenal diri sewaktu jahiliyyah? Terkadang, aku kenang sewaktu dulu itu, aku bersyukur, kerana tanpa semua itu, aku takkan berada disini. Dan terkadang, aku renung kembali, aku ingin semua itu tidak terjadi. Padam dari hidup. Tapi realiti, aku disini kerana dahulu aku disitu. Jadi, bantu aku bangkit! Semua tidak lepas dari kesilapan. Ya, mungkin aku hipokrit. Tapi aku masih ingin menjadi insan mulia dimataNya.