Thursday, February 19, 2015

Aku Seorang Pendosa

Kau lihat aku
Seorang pendosa
Kau seperti tahu
Apa yang ku rasa

Pandangan mu melepasi mataku
Menusuk ke jiwaku yang ragu
Rasa bersalah buat ku semakin malu
Sinar Islam dalam diri yang kian layu

Kau lihat aku
Seorang pendosa
Kau seperti tahu
Apa yang ku rasa

Ingin ku lari tapi kemana
Dimana saja ku pergi ku akan terjumpa
Dirimu dan mereka yang mengajakku kembali kepadaNya
Beritahu aku mana hendak ku letak muka

Kau lihat aku
Seorang pendosa
Kau seperti tahu
Apa yang ku rasa

Hati menjerit untuk kembali
Ke pangkuan sahabat kerana Ilahi
Telah lama menjauh kini aku terbiasa menyendiri
Tolong ketuk pintuku aku tak ingin begini

Kau lihat aku
Seorang pendosa
Kau seperti tahu
Apa yang ku rasa

Bicara ini biarlah menjadi rahsia
Kau dan aku kita berdua
Berhenti setakat begini rupa
Di hadapan cermin refleksi bersama..

*Kisah seorang remaja yang berdepanan dengan dirinya dihadapan sebuah cermin.

Thursday, February 5, 2015

Kemalasan Yang Membahagiakan

Lidahku terkelu, tak terkata apa-apa. Bagaimana terjadi bagi diri yang dulu berkobar-kobar Islam dalamnya kini seperti tak lagi berbunyi? Diam sepi bagai malam tanpa angin. Islam tidak sunyi tanpa mereka namun... hatiku pilu. Mereka ku gelar sahabat dan memang masih sahabat. Namun.. aku rasa aku juga lemah untuk maju kerana kediaman beberapa pihak yang dahulu turut bersamaku kedepan.

Tegakkan Islam dalam diri walau kita tidak semestinya bising dengan Islam. Namun ia kelihatan. Diri disibukkan dengan dunia, permainan, dan lainnya. Telah ku cuba mengingati. Diri semakin lari. Moga Allah membuka hati itu kembali. Barangkali ini cuma suatu fasa kerana diri terganggu. Aku akan doakan. Ketahuilah, kau sentiasa dalam Rabithahku.

Aku takut pada suatu masa aku juga akan begini. AH. Ngeri teramat! Semoga Kau bantu aku untuk tsabat di jalan ini.

Umar R.A telah berkata:
"Ar rahah lir rajuli ghaflah" yang bererti istirehat bagi seorang pemuda adalah kelalaian.

Dan Imam Ahmad rahimahullah telah berkata:
"Laa rahata lil mu’min illa fil jannah" yang bererti tidak ada istirehat bagi seorang mukmin kecuali di syurga.

Tampar diri berkali-kali. Kita tidak boleh kalah dengan dugaan hidup! Bisikan-bisikan halus itu harus kita tepis dengan kekuatan iman. Kita pejuang Islam! So stand up soldier! Side by side. Pilihan cuma dua: menang atau syahid!

Kita manusia punya prinsip hidup. Seseorang jika dia lari dari apa yang dibawanya, orang akan mengata. Seperti Abi Talib, dia tetap bersama Rasulullah, kerana dia tahu anak buahnya itu Al-Amin yang dipercayai. Bayangkan jika Rasulullah S.A.W. apabila disuruh berpaling dari agamanya, dia rela? Adakah itu punya prinsip? Tidak. Jadi dengan prinsipnya dia teguh pada pendiriannya iaitu Islam.

Semoga prinsip kita teguh dan utuh dimana jika dilontarkan dengan tohmahan sekalipun... kita mampu berdiri! Kerana kita punya Allah! 


Lagu ini santapan diri tika ku lemah. Aku ingin menjadi mujahid sejati! Dan aku lebih ingin.. jika kau berdiri bersamaku.

Disini ku menghulurkan tangan buatmu... 

mahukah kau menggengam nya?



-


Bagi mereka yang mempunyai kelebihan, terkadang pujian menjadi makanan harian. Aku terdiam. Bagaimana caraku untuk mengambil pujian? Allah aku mohon. Aku takut kalah akan ujian ini. Bagi mereka yang mengatakan, "Syabas. Penulisanmu hebat." Bantu hatiku. Aku cuma salah satu platform yang Allah guna. Pernah ku dengar orang kata aku bukan saja mampu bertutur dengan lancar dalam English dan Melayu tapi aku juga mampu menulisnya dengan baik. Hakikatnya itu semua dari Allah sahabat fillah. Aku tidak akan mengambil credit buat diriku.

Allah lah yang memberiku nafas. Allah lah yang memberiku akal. Allah lah yang menunjukkan jalan kepadaku. Allah lah yang memberiku ilmu. Aku perlu gunakan segala sesuatu yang Dia berikan kepadaku untuk kembali kepadaNya.

Pernah satu ketika di dalam satu pengisian yang ku hadiri, ada seseorang menyuarakan lantang pendapatnya bahawa pujian itu sesuatu yang menambah nanah dihati. Pada masa itu barangkali aku belum faham sangat kenapa dia teguh dengan mengatakan "tidak perlu puji memuji". Aku rasa pada waktu itu dahiku berkerut memikirkan apa yang ingin disampaikan. Namun entah kenapa sekarang, semua itu datang kembali kepadaku. Allah ingin menyedarkan aku. Syukran lillah..

Aku juga terkadang memikirkan apakah akibat memuji seseorang jika bacaannya merdu sekali? Adakah ia membantu hatinya? Atau sebaliknya? Hakikatnya inilah ujian seseorang da'ie ketika dia mempunyai sesuatu kelebihan: menjaga hati dari sifat-sifat mazmumah (tercela).

Jadi sekarang, aku juga ingin mengatakan, aku lebih ingin dengar kritikan yang membuatku bangun kerana aku takut pada pujian yang diberikan sehingga aku lupa mengembalikannya pada Ilahi. Aku manusia hina, punya kelemahan yang tertutup dengan izinNya. Aku takkan pernah sempurna. Sentiasa ingati aku itu..

Tuesday, February 3, 2015

Cerpen Cinta

"Kenapa kau termenung-menung liat mobile ani? Macam orang jatuh cinta saja."

"Menunggu call" *Senyum kambing.

"Call siapa eh. Someone special kah?"

"Heeee!" *Garu-garu kepala dari senyum kambing menjadi senyum yang lebih kambing.

"APA EH SERIOUS KAH!"

"Lah. Ada usul inda serious kah?" *Senyum keawang-awangan.

"Bah cerita eh!! Sejak bila!!"

"Bila? Hmm, setiap hari aku jatuh cinta." *Kepala dekat meja, tengok phone.

"Adehh in love banar. Pukul berapa ia kan call ani? Meliat ku namanya arah phonemu saja."

"Sekejap lagi adalah tu." *Setia menanti.

"Manasajatah kau eh."

Tidak berapa lama kemudian... phone si gadis berbunyi.

(8) Allahu Akbar... Allahu Akbar (8)

"HA! Dah kena call!!!" Tepuk tangan dengan gembiranya. "Bah aku kan jumpa Cintaku!! Kau mau ikut inda?" Kirai naik.

Dunia seperti terhenti. Si sahabat terkelu. Oh. Cinta yang disangka-sangkanya manusia ternyata cuma duga. Si sahabat tersenyum malu sendiri. Sahabatnya seorang ini berkali-kali telah mengingatinya tentang Ilahnya. Beruntung punya sahabat sepertinya.

"Ikut!" Sahutnya pada sahabatnya.

Menadah sejadah menuju kiblat, dua sahabat itu tenang dalam zikrullah. Seorang menjadi imam. Kisah cinta mereka... bermula.

Friday, January 30, 2015

Bro, Tolong!

Bro, aku tau kau rasa susah sangat nak mujahadah.
Aku faham perasaan kau!

Aku mohon kau jangan lemah. Please!
Aku tau kau kuat!
Jangan mengalah bro! 

Percayalah, setiap susah payah kau dalam mujahadah kau, Allah tak akan sia-siakan. Allah akan beri kau syurga yang tertinggi!

Kalau kau tersungkur, please jangan rasa lemah!
Please bangun semula dan teruskan mujahadah kau!

Ya, kau akan teringat kat dosa-dosa maksiat yang kau pernah lakukan.
Ya, kau akan rasa lazat dan rasa nak buat semula dosa-dosa maksiat semua tu.

Tapi percayalah bro, tu semua hanyalah bisikan-bisikan syaitan dan hawa nafsu kau sahaja!
Istighfar bro, istighfar!

Kalau kau lemah sangat-sangat nak lawan bisikan syaitan dan godaan hawa nafsu, kau buat solat sunat, kau baca al-Quran.

Kalau kau lemah sangat sampai akhirnya kau tersungkur kembali berbuat dosa, bangkitlah. Bangunlah pertahankan iman kau kepada Allah!

Aku tau kau boleh bro!
Cuma kau lemah. Dan tiada siapa yang mampu ubah kau kecuali diri kau sendiri!
Tapi kau jangan rasa keseorangan, sebab kami semua berada untuk pimpin kau hingga berjaya! Ingat!

Islam merindui pemuda yang ingin kembali seperti kau!

----------------------------------
Ihsan dari Tarbiah Sentap.

Satu tazkirah yang memang tepat pada diri dan waktu! Definitely my kind of reminder! Bila waktu exam saja memang setiap orang akan merenung kembali kepada waktu-waktu gembira, terkadang termenung sakan sehingga terbabas waktu. Padahal Allah telah kata, manusia sentiasa dalam kerugian. Ah, rugi nya diri!

Peperiksaan ni hebat. Sebelum exam mula dan setelah exam habis, memang dua waktu yang muhasabah mendalam. Bila last minute bersedia untuk exam, adakah diri akan last minute juga persediaan untuk akhirat? Sedar diri sikit Sarah. Allah boleh tarik nyawa bila-bila masa. Ya. Walaupun sekarang. Dia Maha Berkuasa. Jadi, who are you to think you can do everything later? Beribadahlah (ibadah ni termasuk belajar, makan, minum dan lain-lain) dengan itqan (elok). Mungkin sahaja ia hari terakhir mu.

Menunggu waktu habis exam 2 Feb. Doakan! Jazakumullahu khaiyran katheera.

Sedikit coretan hati dari diri:

Aku sedar aku siapa.
Aku tahu dulu aku bagaimana.
Tapi yang pasti, aku tahu aku boleh berubah.
Dan aku ingin berubah!

Kau masih melihatku seperti diriku yang dahulu?
Terserah.
Aku juga punya sisa jahiliyah.
Aku tahu sangat.
Tapi aku ingin juga berdakwah.

Dan aku takkan minta maaf.

Kerana Islam ingin aku sebarkan.
Cuma aku bukan yang terbaik.
Aku mencuba, walau aku insan hina.

Semua demi Allah.
Bukan engkau, bukan sesiapa.
Hanya keranaNya.

Kalau kau ingin membenci.
Siapa aku untuk merubah itu.
Aku cuma diriku.
Khilaf.
Sentiasa khilaf.
Sehingga aku mati.

Macam mana nak ubah persepsi manusia yang telah kenal diri sewaktu jahiliyyah? Terkadang, aku kenang sewaktu dulu itu, aku bersyukur, kerana tanpa semua itu, aku takkan berada disini. Dan terkadang, aku renung kembali, aku ingin semua itu tidak terjadi. Padam dari hidup. Tapi realiti, aku disini kerana dahulu aku disitu. Jadi, bantu aku bangkit! Semua tidak lepas dari kesilapan. Ya, mungkin aku hipokrit. Tapi aku masih ingin menjadi insan mulia dimataNya.

Sunday, January 25, 2015

Syahadah

Setelah sekian lamanya, apabila kembali mendengar gelak tawa ukthi dalam satu sesi. Ah, bahagianya diri. Tersenyum sendiri; dihati terasa ikatan kerana Ilahi. Didalam riang tawa kebahagiaan punya satu intisari yang dibicarakan. Ku bermonolog sendiri.

Monolog dalam sesi

Didalam lubuk hatimu, kau tahu apa yang kau lakukan tu salah.
Kau tahu.
Tapi entah kenapa, kau lakukan juga.
Kau bertanya, berkali-kali, "Halal kah haram?"
Namun jika dikata haram, adakah kau berhenti melakukannya?
Kau melihat sekelilingmu, "Ah! Mereka yang lain masih melakukannya."
Kau faham, tapi kau tak ingin faham.
Kau takut. Takut akan cemuhan mereka disekelilingmu.
Kau telah campur adat dengan agama.
Kerana pendapat orang lain menjadi tuhanmu, kau lupa akan Tuhan yang satu.
Apa guna bertanya pakai tudung atau tidak, couple atau tidak,
bila dijawab tidak, pun kau masih melakukannya?
Kembalikan kepercayaanmu kepada Yang Satu dulu.
Baru kau dapat menerima segala sahutanNya.

"Tapi kedua ibubapaku.. juga tidak solat. Mestikah aku solat?"
Mungkin juga mereka dididik dalam kejahilan agama.
Jadi dirimu, apabila kau tahu, cari ilmu, dan lakukan.
Kebenaran itu perlu lahir dari dalam hatimu dan kefahamanmu.
Bukan membabi-buta mengikut orang sekelilingmu.
Islamkan dirimu. Lahir Islam bukan menjamin seorang Muslim.
Muslim terlahir apabila perilaku Islam.
Terjadikah Muslim jika tidak melakukan rukun Islam?
Solat terabai, Muslimkah diri?
Dalam dunia dimana orang asing menilai Islam melalui penganutnya.
Inginkan kau mencemarkan Islam yang cantik dengan perilakumu yang bukan Islam?

Membawa orang lain ialah memperbaiki diri sendiri.
Namun kita sedar, kita takkan dapat menjadi 100% baik dalam dunia ini.
Kita manusia, bukan Nabi, bukan malaikat.
Jadi disamping menyeru kebaikkan, kita memperbaiki diri sendiri.
Agama kita mudah...sangat mudah.
Ia mengajar erti cinta, cinta kepada segala-gala ciptaanNya.
Bagaimana rasa hatimu selepas mencaci, membenci, menghina?
Sakit bukan? Kosong bukan?
Hidup yang sekejap ini... lebih indah jika dipenuhi dengan cinta.
Cinta kepada sesuatu yang mendekatkan kita kepada Allah.

Orang sekarang tak sembahyang, tapi dia pergi tengok wayang.
Orang sekarang tak puasa, tapi dia biarkan nafsu berleluasa.
Orang sekarang tak zakat, tapi dia loan banyak, hutang pun melekat.
Orang sekarang tak haji, tapi dia banyak pergi bercuti.
Fikir-fikir... kemana hilangnya syahadah yang dilafaz?

Sunday, January 18, 2015

Jihad Diri

** Kalau pernah baca Jihad Diri sebelum ini, ada diatas sekali satu hadith, yang telah ditegur dengan kasih sayang teramat oleh seorang ukhti bahawa ia... hadith dhoif (lemah). Kerana dalilnya tidak pasti dari mana. Huuuu AFWAN JIDDAN semua *tutupmuka. Ana juga membaca dari sini tentang pengertiannya. Jadi pengajarannya.... kalau hadith itu tidak mempunyai asal-usul, kita sebagai pembawa message kena berhati-hati menggunakannya. Kata-kata Nouman Ali Khan kembali menampar diri. Tolong-tolong tegur kalau ada salah silap makna ya di blog ini. Kalau ukhti boleh direct dial pada hati *batuk-batuk. Kalau bukan ukhti yakni akhi atau campuran ukhtiakhi eh adakah benda ni? boleh kalau nak anonymous comment saja dengan teguran (takkan approve punya) atau kalau nak email: SarahMutalif Jazakumullahu khaiyran katheera! (26 Januari 2015)

Semenjak dua menjak ini... fikiranku bertubi-tubi melontarkan kata-kata mencemuh diri. Aku sedar. Aku perlu cemuhan itu. Ramai ukhtiku menegur kerana terkadang aku seperti menghina diriku. Ya, itu aku. Aku jenis wanita yang punya ego tinggi. Jadi aku perlu kata-kata yang menurunkan ego diri untuk aku bangkit kembali. Kerana itulah aku membenci diri... untuk menyayangi diri kerana itu jihad diri. Kita punya pelbagai cara untuk menyemarakkan api dalam diri. Buat diriku, aku selalu mengutuk diri dan membeza-bezakan diriku dengan para sahabat. Jadi aku amat mensyukuri sesiapa yang mampu berterus-terang denganku apabila aku terlebih laku.

"Dan aku tidak membebaskan diriku (dari kesalahan) karena sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan, kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
[Yusuf  : 53]

Kalau ingin tahu, aku guna tactic begini (ya, memang aku bercakap dengan diri):
  1. "Jangantah perasan hebat Sar, juz 30 lagi belum hafal. Sudahlah!"
  2. "Sar, please, check diri. Jangan belabih. Kau tu hina. Kau perlu Dia!"
  3. "Tau tah diri banyak cakap, bagitah orang lain lagi becakap. Sadar diri please!"
  4. "Malu lah sikit. Kau ni preach preach preach, sudah kah practice what you preach?"
  5. "Eh, jangan pandang rendah orang lain, dulu kau sama jua."
  6. "Kata kan jadi penolong Allah, ani apa ni, malas ani?"
Ini cara muhasabahku. Kerana terlebih sering, aku mungkin lupa diri. Oh sebelum terlupa, aku tidak berbahasa begini dengan orang lain kecuali diriku sendiri, jadi... jangan risau. Aku cuma mengasari diri. Bukan ukhti.

Dan Aku bersumpah dengan jiwa yang amat menyesali dirinya sendiri
[Al-Qiyamah : 2]

Lontaran kata-kata dalam fikiranku, ku salurkan menjadi sebuah rap (aku rasa ianya rap... kalau bukan em... senyap saja ya) Melayu (Brunei). Jarang sekali untuk ku membuat sesuatu di alam maya dengan berbahasa Brunei, tapi bahasa Brunei itulah yang begitu dalam sekali tusukkannya untuk membangkitkan diriku. Aku tahu ianya tidak seberapa, jadi kalau ia bukan citarasa, masih punya masa untuk berhenti membaca.

*Tarik nafas dalam-dalam*

Ku mencuba kan me-rap Melayu
Kalau bida inda payah beritahu
Kisah tentang seorang wanita
Mun mau tau silatah baca

Setiap hari ia bangun pagi
Tapi actually sudah kan tengah hari
Ani tah rutin sehari-hari
Inda tau bilatah kan beranti

Apa masalahmu kan bini-bini
Kenapa masih macam ani
Kena ceramah berkali-kali
Tapi telinga masih tuli

Sudah tau diri inda seberapa
Mulut bercakap macam apa
Kata Mama jaga perangai
Tapi ulah masih jua inda bisai

Sudah tah banyak angan-angan
Perasan kan cari dangan
Subuh pun ada yang terabai
Anikah belia idaman Brunei

Keraja selalu meliat mobile
Cemanatah jua inda lalai
Iatah ni kan jadi contoh
Pleaselah akhlak masih jua runtuh

Kuat lagi melayan nafsu
Kau fikir kau Goku
Perasan hebat untuk melawan
Last-last diri jua yang tertawan

Tapi...

Hey wanita bukalah mata
Dunia ini semuanya fana
Tingkatkan lah mutu dirimu
Untuk jadi penolong Tuhanmu

Belum lambat untuk berubah
Jangan peduli terus gagah
Islam menunggu engkau kembali
Untuk menjadi insan sejati

Kalau lemah bacalah sirah
Kisah pengorbanan tumpah darah
Terapkan cerita mereka dihati
Untuk kembali ke JannahNya nanti.

*Hembus nafas perlahan-lahan*

Err... aku tidak pasti jika ia sesuatu karya yang dapat diamati namun, itu dari diriku buat diriku. Caraku itu mencabar diriku untuk bangkit kembali, aku tidak akan kalah dengan diri kerana aku tahu, lawan yang paling susah ialah diri sendiri. Aku sahut cabaran diri untuk diri!

Sekarang ini sangatlah mudah untuk goyah iman. Namun ku beruntung punya teman untukku solat berjema'ah bersama. Namun dia juga akan pergi... dan perginya itu esok. Segala sesuatu takkan kekal. Jadi kerana manusia juga tidak kekal, kita perlu diri untuk mengingati diri. Kita tidak boleh selalu berharap kepada ukhti atau orang lain kerana... pada suatu masa, Allah mungkin akan campak kita ditempat dimana semuanya asing. Jadi haruslah menjadi ghuraba berani yang selalu bersaing dengan diri untuk menggapai redha Ilahi.

Disebalik itu juga, cara yang lebih baik juga ialah untuk menelefon ibuku yang selalu mengisi rohku dengan tazkirah bermanfaat, kerana dia tahu aku siapa.  Kalau ada orang di dunia ini yang boleh meruntuhkan egoku, itu ibu. Dan juga ayat-ayat Al-Quran yang menyentap diri. Tapi terkadang, diri lari dari Az-Zikr dan selalu mencari-cari nasihat manusia walau Quran selalu disisi.

Malunya aku.

Sahabat fillah, jika dirimu punya satu cadangan atau kata-kata semangat buatku, silalah berhubung dengan diri yang khilaf ini. Ku ingin mendengar kritikan yang membina. Jazakumullahu khaiyran katheera.

Friday, January 16, 2015

Apa Perasaanmu?

Diambil dari Twitter Salim A. Fillah @salimafillah bertarikh 7 Januari 2005:

1) Apa kiranya perasaan Ash Shiddiq saat Nabiﷺ bersabda, "Andai kuambil kekasih di antara insan; pasti kujadikan Abu Bakr sebagai Khalilku"? 

2) Apa kiranya perasaan 'Umar, saat dia berpamit 'umrah & Nabiﷺ bersabda padanya, "Jangan lupakan kami dalam doamu duhai saudara tersayang"? 

3) Apa kiranya perasaan 'Utsman saat membekali pasukan Tabuk & Nabiﷺ bersabda, "Tiada bahayakan 'Utsman apapun yang ia lakukan setelah ini"?

4) Apa kiranya perasaan 'Ali kala Nabiﷺ bersabda, "Hanyasanya kedudukanmu di sisiku laksana Harun di sisi Musa, tapi tiada Nabi sesudahku"?

5) Apa kiranya perasaan Thalhah saat Nabiﷺ bersabda, "Siapa yang ingin melihat syahid yang masih berjalan di atas bumi, lihatlah Thalhah"?

6) Apa kiranya perasaan Az Zubair saat RasuluLlahﷺ bersabda, "Setiap Nabi memiliki Hawari, dan Hawariku adalah Zubair ibn Al 'Awwam"?

7) Apa kiranya perasaan Abu 'Ubaidah saat Nabiﷺ bersabda, "Setiap ummat memiliki Amin, dan orang kepercayaan ummat ini adalah Abu 'Ubaidah"?

8) Apa kiranya perasaan 'Abdurrahman ibn 'Auf saat dirinyalah dimaksud oleh sabda Nabiﷺ kepada Khalid ibn Al Walid, "Jangan cela sahabatku..

9) ..Demi Allah andai kalian berinfak emas seberat gunung Uhud; hal itu takkan menyamai shadaqah segenggam atau setengah genggam tepungnya."

10) Apa kiranya perasaan Sa'd ibn Abi Waqqash saat Nabiﷺ bersabda, "Panahlah duhai Sa'd, panahlah! Ayah & Bundaku sebagai tebusan bagimu"?

11) Apa kiranya perasaan Mu'adz ibn Jabal, di saat RasuluLlahﷺ bersabda padanya, "Wahai Mu'adz, demi Allah, aku benar-benar mencintaimu"?

12) Apa kiranya perasaan Ibn 'Abbas, saat Nabiﷺ merengkuh & mencium kepalanya lalu berdoa, "Ya Allah faqihkan dia & ajarkan tafsir padanya"?

13) Apa kiranya perasaan Ubay ibn Ka'b, saat Nabiﷺ berkata padanya, "Allah memerintahkanku tuk membacakan Surat Al Bayyinah ini kepadamu"..

14) ..hingga dengan wajah berseri-seri dia bertanya, "Ya RasulaLlah; benarkah Allah menyebut namaku kepadamu?" & Nabiﷺ menjawab, "Benar!"?

15) Apa kiranya perasaan Abu Musa Al Asy'ari, di saat Nabiﷺ bersabda, "Esok datanglah menjumpaiku, aku ingin mendengarkan bacaan Quran-mu"?

16) Apa kiranya perasaan 'Aisyah, saat Nabiﷺ menyebut namanya tanpa ragu di urutan pertama, kala ditanya 'Amr siapakan yang paling dicintai?

17) Apa kiranya perasaan Ibn Mas'ud, kala betis kecilnya ditertawakan; maka Nabiﷺ bersabda, "Betis itu di sisi Allah lebih berat dari Uhud"?

18) Apa kiranya perasaan 'Ukasyah, saat disebut 70.000 orang masuk ke surga tanpa hisab & Nabiﷺ berkata, "Engkau termasuk di antara mereka"?

19) Apa kiranya perasaan Bilal ibn Rabah, saat Nabiﷺ bersabda, "Ceritakan padaku hai Bilal, 'amal apakah yang paling kau jaga dalam Islam..

20) ..sebab sungguh aku mendengar bunyi terompahmu di surga?", lalu dia menjawab tersipu, "Menjaga wudhu' & dua raka'at syukur atas wudhu'"?

21) Apa kiranya perasaan orang-orang Anshar, di kala Nabiﷺ bersabda, "Jika manusia memilih jalan melalui sebuah lembah, sedang kaum Anshar..

22) ..mengambil suatu celah, niscaya aku turut serta di celah yang dilalui para Anshar. Ya Allah rahmatilah Anshar & anak-cucu kaum Anshar"?

23) Apa kiranya perasaan para sahabat semuanya, yang mereka berjumpa Nabiﷺ pada petang & pagi, berjalan mengiringi, beroleh senyum & doanya?

24) Yang lebih penting & jelita dari itu semua; bagaimana dengan kita? Apa kiranya perasaan kita saat kelak bertemu Nabiﷺ & para sahabatnya?

25) Adakah Nabiﷺ kan bersabda, "Kaliankah orangnya, yang telah membuatku menangis karena rindu, yang telah membuat para sahabatku cemburu"?

26) "Kaliankah orangnya; yang beriman kepada apa yang kubawa meski kita tak berjumpa; yang mengucap shalawat atas namaku meski tak bertemu?"

27) Ini kami Ya RasulaLlah; yang rindu tapi malu, membaca shalawat dengan lidah kelu; adakah kami layak jadi ummatmu, & beroleh syafaa'atmu?

28) Ya Allah, limpahkan shalawat pada Muhammadﷺ, sampaikan salam kami padanya. Pula ridhaMu atas semua sahabat; jadikan kami bersama mereka.

Ya Rasulullah... aku ingin ketawa bersamamu. Aku ingin kau bisa pegang kepalaku dan mengatakan kau bangga denganku. Aku ingin kau tersenyum melihatku dari jauh. Aku ingin menjadi budak yang bermain-main disisimu. Aku ingin membuatmu tersenyum. Aku ingin kau dengar bacaanku. Aku merinduimu sungguh...

Petikan tweet dari Salim A. Fillah hanya kerana aku ingin semadikannya dalam diri. Betapa Rasulullah S.A.W, membuat sahabat-sahabatnya merasakan seperti merekalah yang bertakhta nombor satu dihatinya. Adakah kita begitu dengan teman kita, sahabat fillah? Jujur, aku tewas. Dan para sahabat, kerana cinta mereka kepada Nabi S.A.W begitu mendalam, apa rasa mereka ketika Nabi S.A.W mengutarakan kata yang indah pada mereka? Ahhh rindu! Sungguh rindu!

Inginkah kau bersamaku di alam ini untuk menggapai redha Ilahi dan memperoleh syafaat Nabi?