Thursday, February 5, 2015

Kemalasan Yang Membahagiakan

Lidahku terkelu, tak terkata apa-apa. Bagaimana terjadi bagi diri yang dulu berkobar-kobar Islam dalamnya kini seperti tak lagi berbunyi? Diam sepi bagai malam tanpa angin. Islam tidak sunyi tanpa mereka namun... hatiku pilu. Mereka ku gelar sahabat dan memang masih sahabat. Namun.. aku rasa aku juga lemah untuk maju kerana kediaman beberapa pihak yang dahulu turut bersamaku kedepan.

Tegakkan Islam dalam diri walau kita tidak semestinya bising dengan Islam. Namun ia kelihatan. Diri disibukkan dengan dunia, permainan, dan lainnya. Telah ku cuba mengingati. Diri semakin lari. Moga Allah membuka hati itu kembali. Barangkali ini cuma suatu fasa kerana diri terganggu. Aku akan doakan. Ketahuilah, kau sentiasa dalam Rabithahku.

Aku takut pada suatu masa aku juga akan begini. AH. Ngeri teramat! Semoga Kau bantu aku untuk tsabat di jalan ini.

Umar R.A telah berkata:
"Ar rahah lir rajuli ghaflah" yang bererti istirehat bagi seorang pemuda adalah kelalaian.

Dan Imam Ahmad rahimahullah telah berkata:
"Laa rahata lil mu’min illa fil jannah" yang bererti tidak ada istirehat bagi seorang mukmin kecuali di syurga.

Tampar diri berkali-kali. Kita tidak boleh kalah dengan dugaan hidup! Bisikan-bisikan halus itu harus kita tepis dengan kekuatan iman. Kita pejuang Islam! So stand up soldier! Side by side. Pilihan cuma dua: menang atau syahid!

Kita manusia punya prinsip hidup. Seseorang jika dia lari dari apa yang dibawanya, orang akan mengata. Seperti Abi Talib, dia tetap bersama Rasulullah, kerana dia tahu anak buahnya itu Al-Amin yang dipercayai. Bayangkan jika Rasulullah S.A.W. apabila disuruh berpaling dari agamanya, dia rela? Adakah itu punya prinsip? Tidak. Jadi dengan prinsipnya dia teguh pada pendiriannya iaitu Islam.

Semoga prinsip kita teguh dan utuh dimana jika dilontarkan dengan tohmahan sekalipun... kita mampu berdiri! Kerana kita punya Allah! 


Lagu ini santapan diri tika ku lemah. Aku ingin menjadi mujahid sejati! Dan aku lebih ingin.. jika kau berdiri bersamaku.

Disini ku menghulurkan tangan buatmu... 

mahukah kau menggengam nya?



-


Bagi mereka yang mempunyai kelebihan, terkadang pujian menjadi makanan harian. Aku terdiam. Bagaimana caraku untuk mengambil pujian? Allah aku mohon. Aku takut kalah akan ujian ini. Bagi mereka yang mengatakan, "Syabas. Penulisanmu hebat." Bantu hatiku. Aku cuma salah satu platform yang Allah guna. Pernah ku dengar orang kata aku bukan saja mampu bertutur dengan lancar dalam English dan Melayu tapi aku juga mampu menulisnya dengan baik. Hakikatnya itu semua dari Allah sahabat fillah. Aku tidak akan mengambil credit buat diriku.

Allah lah yang memberiku nafas. Allah lah yang memberiku akal. Allah lah yang menunjukkan jalan kepadaku. Allah lah yang memberiku ilmu. Aku perlu gunakan segala sesuatu yang Dia berikan kepadaku untuk kembali kepadaNya.

Pernah satu ketika di dalam satu pengisian yang ku hadiri, ada seseorang menyuarakan lantang pendapatnya bahawa pujian itu sesuatu yang menambah nanah dihati. Pada masa itu barangkali aku belum faham sangat kenapa dia teguh dengan mengatakan "tidak perlu puji memuji". Aku rasa pada waktu itu dahiku berkerut memikirkan apa yang ingin disampaikan. Namun entah kenapa sekarang, semua itu datang kembali kepadaku. Allah ingin menyedarkan aku. Syukran lillah..

Aku juga terkadang memikirkan apakah akibat memuji seseorang jika bacaannya merdu sekali? Adakah ia membantu hatinya? Atau sebaliknya? Hakikatnya inilah ujian seseorang da'ie ketika dia mempunyai sesuatu kelebihan: menjaga hati dari sifat-sifat mazmumah (tercela).

Jadi sekarang, aku juga ingin mengatakan, aku lebih ingin dengar kritikan yang membuatku bangun kerana aku takut pada pujian yang diberikan sehingga aku lupa mengembalikannya pada Ilahi. Aku manusia hina, punya kelemahan yang tertutup dengan izinNya. Aku takkan pernah sempurna. Sentiasa ingati aku itu..

No comments:

Post a Comment