Sunday, May 31, 2015

Kau Api

Hakikat yang sepatutnya tersembunyi
Kini telah diakui tanpa rasa sangsi
Bangkitlah kemampuannya untuk berdiri
Hamasah yang kunjung padam kini semakin berapi

Bersendirian menyendiri dan menyepi
Tidak ingin yang lain mengetahui
Dihulurkan tangan tapi ego meninggi
Biarlah dirinya saja yang terseksa sendiri

Keberadaannya mampu mengubah sang pencari
Semangatnya meresap ke jiwa yang ingin kembali
Kekuatan nawaitu untuk menyedarkan hakikat Azali
Yang lainnya cuma berharap dia menyedari

Bersabarlah dalam menyambung risalah yang diberi
Dan usah gentar akan kenyataan dunia ini
Kerana ia akan berakhir mungkin.. tidak lama lagi
Akan pulang juga kita ke tempat yang diimpi

Kerana Dia menepati segala janji.

Sedar tak sedar semenjak dua menjak kebelakangan ini... hatiku dan mindaku juga lidahku bertutur dalam bahasa Barat. Terkadang... ianya memenatkan. Sebelum ku terhanyut dalam keBaratan (*ketawa kecil)... aku ingin mengasah kembali bahasa yang sepatutnya dekat dengan jiwaku. (Umm.. Arab? Eh) Alhamdulillah semasa sedang mengulangkaji pelajaran menggunakan komputer milik universiti... ku menemui sebuah fail yang bertajuk "Puisi". Didalamnya tertulis...

"Hakikat yang sepatutnya tersembunyi
Kini telah diakui tanpa rasa sangsi"

Jadi dalam keserabutan ingin memahami modul yang dipelajari... ku gagahkan diriku untuk menyiapkan puisi yang tergendala waktu itu. Menceritakan kisah yang dekat pada hatiku (dari perspektif diriku)... tentang pemuda-pemudi yang apabila mengetahui akan kebenaran yang memahitkan, mereka dihimpit satu rasa yang memeritkan. Bukan disengajakan cuma takdir telah menetapkan. Sungguh banyak yang ku pelajari dalam detik waktu yang telah berlalu. Syurkan Lillah...

Jadinya diriku disini... cuma mampu memberi kata-kata yang ku harap mampu merangsang kembali semangat mereka menjadi tunggak keadilan.

Bangkitlah kita wahai pemuda-pemudi Kahfi!

Saturday, May 30, 2015

Bersendiri

Walau ku bersendiri, dalam hati punya taman yang bersemi
Dengan tautan hati, terpatri kerana Ilahi

Walau ku bersendiri, aku tidak sunyi
Kerana Doa Rabithah berbunyi, sejernih embun pagi

Walau ku bersendiri, cintaku tetap kekal abadi
Bukan sekadar mimpi, akan ku bawa ke syurga tertinggi

Bagimu yang faham isi hatiku
Bicara ini hadiah khas buatmu
Bersendiri, aku merinduimu.

Thursday, May 14, 2015

Pilihan

Aku lelah.

Aku rebah.

Aku jatuh.

Aku ingin lari dari realiti.

Betapa ingin diri untuk sentiasa berada dalam kelelapan.

Rasa seperti tidak sanggup untuk bangun dan membiarkan minda kembali berfikir.

Namun hakikatnya selagi ajal belum tiba aku tetap akan bangun. Dan aku punya pilihan.

Sama ada untuk menerima atau menolak kenyataan. Pilihanku akan membuka tirai jalan untuk masa hadapanku.

Yang penting. Aku rasa aku telah jauh dariNya. Kebergantungan semakin berkurangan. Hiba. Hatiku sedikit demi sedikit telah mengeras. Segala usaha yang ku lakukan untuk menyucikan karak di hati ini kini pudar dimakan dosa.

Tapi Alhamdulillah...

Aku bersyukur punya support system yang sentiasa ada. Walau kami berjauhan, namun titipan kata-kata semangat buat ku ingin bangkit walau ku harus merangkak.

Jalan cinta ini sungguh indah! Walau ku rebah, Dia masih memanggilku. Moga aku tetap tegak di jalan cinta para pejuang ini...


Ku baca kembali kisah Ka'ab ibn Malik. Ka'ab yang fasih berkata-kata, tapi dihadapan Allah dan RasulNya dia cuma mampu berkata, "Aku tidak punya alasan.." ketika tidak mengikuti perang Tabuk. Kerana mungkin sahabat yang lainnya akan termakan dengan keindahan kata-katanya... namun Allah lebih mengetahui.

Dia menjadi satu inspirasi. Inspirasi keteguhan. 50 hari berada dalam kegelapan... Rasulullah S.A.W sendiri berpaling kepadanya. Namun dia teguh menerima hukuman... sehingga utusan kerajaan lain untuk menjadikannya seorang diplomat, dia tolak mentah kerana memilih Allah dan RasulNya. Kerana dia tahu itu satu pilihan antara dunia.. atau akhirat. Dan dia memilih akhirat :')

"Dan terhadap tiga orang yang ditangguhkan taubatnya, hingga apabila bumi telah menjadi sempit bagi mereka, padahal bumi itu luas, dan jiwa mereka pun telah sempit terasa oleh mereka, serta mereka mengetahui bahawa tidak ada tempat lari dari Allah, melainkan kepadaNya sahaja. Kemudian Allah menerima taubat mereka agar mereka tetap  dalam taubatnya. Sesungguhnya Allah lah Yang Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang."
[At-Taubah: 118]

Thursday, April 23, 2015

Jalan Cinta Para Pejuang



Jika kita menghijrahkan cinta; dari kata benda menjadi kata kerja
Maka tersusunlah sebuah kalimat peradaban dalam paragraf sejarah
Jika kita menghijrahkan cinta; dari jatuh cinta menuju bangun cinta
Maka cinta menjadi sebuah istana, tinggi menggapai surga

- Jalan Cinta Para Pejuang

Merasakah kau hatiku yang meluap-luap dalam kebahagiaan? Ini kisah cintaku dengan buku. Betapa ketika membuka lembaran-lembaran kertas yang berisi tazkirah yang sangat luar biasa, aku telah berada di awangan. Sungguh, aku ingin untuk berkongsi apa yang ku dapati. Namun, tunggulah bila aku telah habis membacanya nanti.

To Sarah,
May you find joy in reading this :)
- N.

Nota: Terima kasih Ukhti N.

Wednesday, April 22, 2015

Kaku

Pernahkah kau berdiri di hadapan cermin? Kau lihat dirimu. Kau tatap wajahmu. Kau tentang matamu. Tapi kau tak kenal siapa dirinya- refleksi itu. Mana hilangnya cahaya iman yang selalu nampak sinarnya? Mana hilangnya senyuman keikhlasan dari bibirnya? Mana hilangnya keredhaan dari raut wajahnya?

Mata bertentang mata
Gelisah tak terkata
Ingin saja aku larikan pandangan
Namun aku harus juga bertahan

Aku lihat aku
Apa yang telah terjadi pada diriku
Pancaran iman kini kian layu
Adakah masa akan terbiar berlalu

Malu.
Aku tak kenal siapa diriku
Mampukah aku menghadapi dunia
Dikala sanubari dihimpit duga

Kaku.

Kau alihkan pandangan dari cermin itu. Wajahmu tertunduk kerana malu. Air mata mula membasahi pipimu. Inginkah dunia melihat mu begini? Pelbagai andaian terlintas difikiranmu. Kau melangkah setapak kehadapan. Tanganmu terketar mecari tombol pintu. Kau beranikan diri membuka pintumu, untuk keluar menghadapi satu realiti. Didalam hatimu cuma mampu terlafaz...






Allah. Bantu aku.

Monday, April 6, 2015

Kertas Hati


Kertas hati untuk si Kertas Hati.

Bijaknya para-para ukhti ;)

29 March.

Tanggal kelahiranku. Umurku juga telah bertambah satu, Aku sayu, rasa syahdu.

Ingin ku titip kata-kata indah buat mereka yang telah meraikan ku. Tapi....

biarlah aku pergi dahulu pada Kem Ibadah 7! Aku akan kembali dengan rasa kasihku.

Jazakumullahu khaiyran katheera pada yang mengingati.

Doamu cukup buatku.

Salam sayang.

Rosak

"Assalamu'alaikum akak manis. Semoga telah selamat sampai di Sheffield. Jazakillahu khair katheera for sudi ajak Mirah untuk collab jadi part of this and memberi idea idea yang bernas. Inshaa Allah I've learnt a lot jua throughout. And thank you for the constant reminders as well sampai inda ambil tau pasal the prizes. May Allah bless us both. And semoga ini menjadi peringatan untuk kita and pengajaran as well. [as-Saff : 2-3] [az-Zumar : 44]"

- Adik Helmet Kuning.

Helmet Kuning & Kertas Hati
Kertas Hati & Helmet Kuning

Segalanya bermula dari sebuah nawaitu. Apabila Dakwah Showdown memula registration, tidak terlintas pun untuk ikut. Namun terfikirnya diri apabila telah menyiapkan satu puisi, ingin menyampaikan pada para-para pemuda. Dan aku terfikir DS, kerana ia bukan lagi pertandingan lagu. Context nya telah terbuka luas.

Dari Year 1 memang aku ingin mengikuti PLD. Namun aku sudah tinggalkan bidang nyanyian suatu waktu dulu. Pendapatku seperti Mizz Nina, bahawa nyanyian akan membawa diri ke suatu yang membawaku jauh dari Ilahi. Jadi apabila aku terfikir, apakah halnya dengan puisi?

Sebelum mendaftar, aku berniat untuk menanyakan kepada seorang ukhti, jika boleh seorang wanita seperti diriku, untuk naik ke pentas untuk present a puisi?

"Apa objective Sarah kan ikut? Apa yang Sarah rasa you can get dari joining? Kaka inda rasa ya satu kesalahan untuk join, tapi bila kita lakukan sesuatu biarlah ada objective.. ada hala tuju, adalah jalan. Ada jalan adalah peluang. kalau objectivenya untuk Allah, jalannya pastilah mardhatillah, peluangnya mestilah Jannatul Firdaus.

Kita bila untuk menyampaikan sesuatu, kita menyampaikan bukan pasal kita perlu sampaikan.. tapi kerana kita mesti sampaikan. tapi penyampaian hendaklah sesuai dengan siapa, adakah ia sudi mendengarnya, jika ya, adakah sesuai pada waktunya, jika ya, adakah sesuai pada perasaannya, jika ya, sampaikanlah.. tidak siapa yang menghalang.

Bagi kaka daie tidak patut di sembunyikan.. jika ada peluang untuk tampil, berdirilah atas iman dan taqwa. 

Walau bagaimanapun, syurakan. Moga tidak menjadi fitnah pada agama. Kita pasti akan meninggalkan jariah, samada amal jariah atau maksiat jariah. yang baik jadi ikutan, yang jahat jua juga sama. Yang di ikut baik kita dapat pahala, yang di ikut jahat pun kita dapat dosa. Istikharahkan dan syurakan. Bila sudah tetap.. buatlah keputusan. Kaka sokong Sarah."

Jazakillahu khaiyran katheera ukhti atas nasihat mu yang bernas buatku menyedarkan diri.

Segala sesuatu keputusan memang kalau diikut panduan Quran ialah untuk musyawarah dan istikharah. Jadi telah ku lakukan.. dan Alhamdulillah tampil juga diriku di atas pentas.

Namun aku telah terlupa. Aku memang banyak meminta padaNya untuk meneguhkan nawaitu ku untuk tampil kehadapan tetapi... aku terlupa meminta untuk menjaga hati selepas aku tampil kehadapan. Setelah banyak pujian datang, aku akui, sukar untuk aku menjaga hati. Telah banyak noda hitam yang telah bertapak didalamnya. Sukar. Sukar sangat ujian hati. Lebih-lebih lagi apabila Kakak-kakak yang aku kagumi juga menyetujui tindakanku dan bertambahnya banyak share di Facebook. Bahayanya bila hati teruji. Aku... cuma ingin lari. Lari dari realiti yang menggugah hati.

Syukuran Lillah Dia membantuku untuk membersihkan hati. 5 hari. 5 hari aku terpaksa berada dibalik tabir. 5 hari. 5 hari aku lalui dalam membersihkan hati dengan membersihkan makanan... dan dapur. 5 hari yang aku bertanya kepadaNya mengapakah aku berada disana. Selalunya aku berada dihadapan, yang pertama menyahut panggilan soalan. Tapi kenapa kali ini aku ditempatkan dibelakang? Namun ia telah berlalu, dan aku sangat bersyukur. Itu caraNya untuk menjaga hatiku dari lebih menambah nanah yang makin mencurah. Kini aku mampu tersenyum. Mengingati memori indah sewaktu ku berada disana. 5 hari yang mencuit hati (ya ukhti, ini untukmu *winks).

Kini.

Aku masih dalam proses pembaikkan.

I'm trying to heal this infected heart.

Jadi aku ingin berdiam diri.

Mungkin aku takkan tampil kehadapan lagi... kerana satu kali ini sudah membuat diriku gugur dalam lurusnya jalan.

Wahai Nouman Ali Khan, bagaimana dirimu menangkis segala pujian? Diriku baru sekecil ujian, duniaku telah tergegar. Aku ingin kembali. Kembali menjadi si pencari ilmu. Kembali pada Furqan cintaku.

Pada ukhti yang berani bersuara padaku, tamparlah aku bila perlu. Jazakillahu khaiyran katheera ku ucapkan dahulu.

Aku masih akan tetap berada disini, don't worry.

Tolong doakan aku.

Aku perlu.