Pernahkah kau berdiri di hadapan cermin? Kau lihat dirimu. Kau tatap wajahmu. Kau tentang matamu. Tapi kau tak kenal siapa dirinya- refleksi itu. Mana hilangnya cahaya iman yang selalu nampak sinarnya? Mana hilangnya senyuman keikhlasan dari bibirnya? Mana hilangnya keredhaan dari raut wajahnya?
Mata bertentang mata
Gelisah tak terkata
Ingin saja aku larikan pandangan
Namun aku harus juga bertahan
Aku lihat aku
Apa yang telah terjadi pada diriku
Pancaran iman kini kian layu
Adakah masa akan terbiar berlalu
Malu.
Aku tak kenal siapa diriku
Mampukah aku menghadapi dunia
Dikala sanubari dihimpit duga
Kaku.
Kau alihkan pandangan dari cermin itu. Wajahmu tertunduk kerana malu. Air mata mula membasahi pipimu. Inginkah dunia melihat mu begini? Pelbagai andaian terlintas difikiranmu. Kau melangkah setapak kehadapan. Tanganmu terketar mecari tombol pintu. Kau beranikan diri membuka pintumu, untuk keluar menghadapi satu realiti. Didalam hatimu cuma mampu terlafaz...
Allah. Bantu aku.
No comments:
Post a Comment