Thursday, May 14, 2015

Pilihan

Aku lelah.

Aku rebah.

Aku jatuh.

Aku ingin lari dari realiti.

Betapa ingin diri untuk sentiasa berada dalam kelelapan.

Rasa seperti tidak sanggup untuk bangun dan membiarkan minda kembali berfikir.

Namun hakikatnya selagi ajal belum tiba aku tetap akan bangun. Dan aku punya pilihan.

Sama ada untuk menerima atau menolak kenyataan. Pilihanku akan membuka tirai jalan untuk masa hadapanku.

Yang penting. Aku rasa aku telah jauh dariNya. Kebergantungan semakin berkurangan. Hiba. Hatiku sedikit demi sedikit telah mengeras. Segala usaha yang ku lakukan untuk menyucikan karak di hati ini kini pudar dimakan dosa.

Tapi Alhamdulillah...

Aku bersyukur punya support system yang sentiasa ada. Walau kami berjauhan, namun titipan kata-kata semangat buat ku ingin bangkit walau ku harus merangkak.

Jalan cinta ini sungguh indah! Walau ku rebah, Dia masih memanggilku. Moga aku tetap tegak di jalan cinta para pejuang ini...


Ku baca kembali kisah Ka'ab ibn Malik. Ka'ab yang fasih berkata-kata, tapi dihadapan Allah dan RasulNya dia cuma mampu berkata, "Aku tidak punya alasan.." ketika tidak mengikuti perang Tabuk. Kerana mungkin sahabat yang lainnya akan termakan dengan keindahan kata-katanya... namun Allah lebih mengetahui.

Dia menjadi satu inspirasi. Inspirasi keteguhan. 50 hari berada dalam kegelapan... Rasulullah S.A.W sendiri berpaling kepadanya. Namun dia teguh menerima hukuman... sehingga utusan kerajaan lain untuk menjadikannya seorang diplomat, dia tolak mentah kerana memilih Allah dan RasulNya. Kerana dia tahu itu satu pilihan antara dunia.. atau akhirat. Dan dia memilih akhirat :')

"Dan terhadap tiga orang yang ditangguhkan taubatnya, hingga apabila bumi telah menjadi sempit bagi mereka, padahal bumi itu luas, dan jiwa mereka pun telah sempit terasa oleh mereka, serta mereka mengetahui bahawa tidak ada tempat lari dari Allah, melainkan kepadaNya sahaja. Kemudian Allah menerima taubat mereka agar mereka tetap  dalam taubatnya. Sesungguhnya Allah lah Yang Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang."
[At-Taubah: 118]

No comments:

Post a Comment