Thursday, February 19, 2015

Aku Seorang Pendosa

Kau lihat aku
Seorang pendosa
Kau seperti tahu
Apa yang ku rasa

Pandangan mu melepasi mataku
Menusuk ke jiwaku yang ragu
Rasa bersalah buat ku semakin malu
Sinar Islam dalam diri yang kian layu

Kau lihat aku
Seorang pendosa
Kau seperti tahu
Apa yang ku rasa

Ingin ku lari tapi kemana
Dimana saja ku pergi ku akan terjumpa
Dirimu dan mereka yang mengajakku kembali kepadaNya
Beritahu aku mana hendak ku letak muka

Kau lihat aku
Seorang pendosa
Kau seperti tahu
Apa yang ku rasa

Hati menjerit untuk kembali
Ke pangkuan sahabat kerana Ilahi
Telah lama menjauh kini aku terbiasa menyendiri
Tolong ketuk pintuku aku tak ingin begini

Kau lihat aku
Seorang pendosa
Kau seperti tahu
Apa yang ku rasa

Bicara ini biarlah menjadi rahsia
Kau dan aku kita berdua
Berhenti setakat begini rupa
Di hadapan cermin refleksi bersama..

*Kisah seorang remaja yang berdepanan dengan dirinya dihadapan sebuah cermin.

Thursday, February 5, 2015

Kemalasan Yang Membahagiakan

Lidahku terkelu, tak terkata apa-apa. Bagaimana terjadi bagi diri yang dulu berkobar-kobar Islam dalamnya kini seperti tak lagi berbunyi? Diam sepi bagai malam tanpa angin. Islam tidak sunyi tanpa mereka namun... hatiku pilu. Mereka ku gelar sahabat dan memang masih sahabat. Namun.. aku rasa aku juga lemah untuk maju kerana kediaman beberapa pihak yang dahulu turut bersamaku kedepan.

Tegakkan Islam dalam diri walau kita tidak semestinya bising dengan Islam. Namun ia kelihatan. Diri disibukkan dengan dunia, permainan, dan lainnya. Telah ku cuba mengingati. Diri semakin lari. Moga Allah membuka hati itu kembali. Barangkali ini cuma suatu fasa kerana diri terganggu. Aku akan doakan. Ketahuilah, kau sentiasa dalam Rabithahku.

Aku takut pada suatu masa aku juga akan begini. AH. Ngeri teramat! Semoga Kau bantu aku untuk tsabat di jalan ini.

Umar R.A telah berkata:
"Ar rahah lir rajuli ghaflah" yang bererti istirehat bagi seorang pemuda adalah kelalaian.

Dan Imam Ahmad rahimahullah telah berkata:
"Laa rahata lil mu’min illa fil jannah" yang bererti tidak ada istirehat bagi seorang mukmin kecuali di syurga.

Tampar diri berkali-kali. Kita tidak boleh kalah dengan dugaan hidup! Bisikan-bisikan halus itu harus kita tepis dengan kekuatan iman. Kita pejuang Islam! So stand up soldier! Side by side. Pilihan cuma dua: menang atau syahid!

Kita manusia punya prinsip hidup. Seseorang jika dia lari dari apa yang dibawanya, orang akan mengata. Seperti Abi Talib, dia tetap bersama Rasulullah, kerana dia tahu anak buahnya itu Al-Amin yang dipercayai. Bayangkan jika Rasulullah S.A.W. apabila disuruh berpaling dari agamanya, dia rela? Adakah itu punya prinsip? Tidak. Jadi dengan prinsipnya dia teguh pada pendiriannya iaitu Islam.

Semoga prinsip kita teguh dan utuh dimana jika dilontarkan dengan tohmahan sekalipun... kita mampu berdiri! Kerana kita punya Allah! 


Lagu ini santapan diri tika ku lemah. Aku ingin menjadi mujahid sejati! Dan aku lebih ingin.. jika kau berdiri bersamaku.

Disini ku menghulurkan tangan buatmu... 

mahukah kau menggengam nya?



-


Bagi mereka yang mempunyai kelebihan, terkadang pujian menjadi makanan harian. Aku terdiam. Bagaimana caraku untuk mengambil pujian? Allah aku mohon. Aku takut kalah akan ujian ini. Bagi mereka yang mengatakan, "Syabas. Penulisanmu hebat." Bantu hatiku. Aku cuma salah satu platform yang Allah guna. Pernah ku dengar orang kata aku bukan saja mampu bertutur dengan lancar dalam English dan Melayu tapi aku juga mampu menulisnya dengan baik. Hakikatnya itu semua dari Allah sahabat fillah. Aku tidak akan mengambil credit buat diriku.

Allah lah yang memberiku nafas. Allah lah yang memberiku akal. Allah lah yang menunjukkan jalan kepadaku. Allah lah yang memberiku ilmu. Aku perlu gunakan segala sesuatu yang Dia berikan kepadaku untuk kembali kepadaNya.

Pernah satu ketika di dalam satu pengisian yang ku hadiri, ada seseorang menyuarakan lantang pendapatnya bahawa pujian itu sesuatu yang menambah nanah dihati. Pada masa itu barangkali aku belum faham sangat kenapa dia teguh dengan mengatakan "tidak perlu puji memuji". Aku rasa pada waktu itu dahiku berkerut memikirkan apa yang ingin disampaikan. Namun entah kenapa sekarang, semua itu datang kembali kepadaku. Allah ingin menyedarkan aku. Syukran lillah..

Aku juga terkadang memikirkan apakah akibat memuji seseorang jika bacaannya merdu sekali? Adakah ia membantu hatinya? Atau sebaliknya? Hakikatnya inilah ujian seseorang da'ie ketika dia mempunyai sesuatu kelebihan: menjaga hati dari sifat-sifat mazmumah (tercela).

Jadi sekarang, aku juga ingin mengatakan, aku lebih ingin dengar kritikan yang membuatku bangun kerana aku takut pada pujian yang diberikan sehingga aku lupa mengembalikannya pada Ilahi. Aku manusia hina, punya kelemahan yang tertutup dengan izinNya. Aku takkan pernah sempurna. Sentiasa ingati aku itu..

Tuesday, February 3, 2015

Cerpen Cinta

"Kenapa kau termenung-menung liat mobile ani? Macam orang jatuh cinta saja."

"Menunggu call" *Senyum kambing.

"Call siapa eh. Someone special kah?"

"Heeee!" *Garu-garu kepala dari senyum kambing menjadi senyum yang lebih kambing.

"APA EH SERIOUS KAH!"

"Lah. Ada usul inda serious kah?" *Senyum keawang-awangan.

"Bah cerita eh!! Sejak bila!!"

"Bila? Hmm, setiap hari aku jatuh cinta." *Kepala dekat meja, tengok phone.

"Adehh in love banar. Pukul berapa ia kan call ani? Meliat ku namanya arah phonemu saja."

"Sekejap lagi adalah tu." *Setia menanti.

"Manasajatah kau eh."

Tidak berapa lama kemudian... phone si gadis berbunyi.

(8) Allahu Akbar... Allahu Akbar (8)

"HA! Dah kena call!!!" Tepuk tangan dengan gembiranya. "Bah aku kan jumpa Cintaku!! Kau mau ikut inda?" Kirai naik.

Dunia seperti terhenti. Si sahabat terkelu. Oh. Cinta yang disangka-sangkanya manusia ternyata cuma duga. Si sahabat tersenyum malu sendiri. Sahabatnya seorang ini berkali-kali telah mengingatinya tentang Ilahnya. Beruntung punya sahabat sepertinya.

"Ikut!" Sahutnya pada sahabatnya.

Menadah sejadah menuju kiblat, dua sahabat itu tenang dalam zikrullah. Seorang menjadi imam. Kisah cinta mereka... bermula.