Monday, April 6, 2015

Rosak

"Assalamu'alaikum akak manis. Semoga telah selamat sampai di Sheffield. Jazakillahu khair katheera for sudi ajak Mirah untuk collab jadi part of this and memberi idea idea yang bernas. Inshaa Allah I've learnt a lot jua throughout. And thank you for the constant reminders as well sampai inda ambil tau pasal the prizes. May Allah bless us both. And semoga ini menjadi peringatan untuk kita and pengajaran as well. [as-Saff : 2-3] [az-Zumar : 44]"

- Adik Helmet Kuning.

Helmet Kuning & Kertas Hati
Kertas Hati & Helmet Kuning

Segalanya bermula dari sebuah nawaitu. Apabila Dakwah Showdown memula registration, tidak terlintas pun untuk ikut. Namun terfikirnya diri apabila telah menyiapkan satu puisi, ingin menyampaikan pada para-para pemuda. Dan aku terfikir DS, kerana ia bukan lagi pertandingan lagu. Context nya telah terbuka luas.

Dari Year 1 memang aku ingin mengikuti PLD. Namun aku sudah tinggalkan bidang nyanyian suatu waktu dulu. Pendapatku seperti Mizz Nina, bahawa nyanyian akan membawa diri ke suatu yang membawaku jauh dari Ilahi. Jadi apabila aku terfikir, apakah halnya dengan puisi?

Sebelum mendaftar, aku berniat untuk menanyakan kepada seorang ukhti, jika boleh seorang wanita seperti diriku, untuk naik ke pentas untuk present a puisi?

"Apa objective Sarah kan ikut? Apa yang Sarah rasa you can get dari joining? Kaka inda rasa ya satu kesalahan untuk join, tapi bila kita lakukan sesuatu biarlah ada objective.. ada hala tuju, adalah jalan. Ada jalan adalah peluang. kalau objectivenya untuk Allah, jalannya pastilah mardhatillah, peluangnya mestilah Jannatul Firdaus.

Kita bila untuk menyampaikan sesuatu, kita menyampaikan bukan pasal kita perlu sampaikan.. tapi kerana kita mesti sampaikan. tapi penyampaian hendaklah sesuai dengan siapa, adakah ia sudi mendengarnya, jika ya, adakah sesuai pada waktunya, jika ya, adakah sesuai pada perasaannya, jika ya, sampaikanlah.. tidak siapa yang menghalang.

Bagi kaka daie tidak patut di sembunyikan.. jika ada peluang untuk tampil, berdirilah atas iman dan taqwa. 

Walau bagaimanapun, syurakan. Moga tidak menjadi fitnah pada agama. Kita pasti akan meninggalkan jariah, samada amal jariah atau maksiat jariah. yang baik jadi ikutan, yang jahat jua juga sama. Yang di ikut baik kita dapat pahala, yang di ikut jahat pun kita dapat dosa. Istikharahkan dan syurakan. Bila sudah tetap.. buatlah keputusan. Kaka sokong Sarah."

Jazakillahu khaiyran katheera ukhti atas nasihat mu yang bernas buatku menyedarkan diri.

Segala sesuatu keputusan memang kalau diikut panduan Quran ialah untuk musyawarah dan istikharah. Jadi telah ku lakukan.. dan Alhamdulillah tampil juga diriku di atas pentas.

Namun aku telah terlupa. Aku memang banyak meminta padaNya untuk meneguhkan nawaitu ku untuk tampil kehadapan tetapi... aku terlupa meminta untuk menjaga hati selepas aku tampil kehadapan. Setelah banyak pujian datang, aku akui, sukar untuk aku menjaga hati. Telah banyak noda hitam yang telah bertapak didalamnya. Sukar. Sukar sangat ujian hati. Lebih-lebih lagi apabila Kakak-kakak yang aku kagumi juga menyetujui tindakanku dan bertambahnya banyak share di Facebook. Bahayanya bila hati teruji. Aku... cuma ingin lari. Lari dari realiti yang menggugah hati.

Syukuran Lillah Dia membantuku untuk membersihkan hati. 5 hari. 5 hari aku terpaksa berada dibalik tabir. 5 hari. 5 hari aku lalui dalam membersihkan hati dengan membersihkan makanan... dan dapur. 5 hari yang aku bertanya kepadaNya mengapakah aku berada disana. Selalunya aku berada dihadapan, yang pertama menyahut panggilan soalan. Tapi kenapa kali ini aku ditempatkan dibelakang? Namun ia telah berlalu, dan aku sangat bersyukur. Itu caraNya untuk menjaga hatiku dari lebih menambah nanah yang makin mencurah. Kini aku mampu tersenyum. Mengingati memori indah sewaktu ku berada disana. 5 hari yang mencuit hati (ya ukhti, ini untukmu *winks).

Kini.

Aku masih dalam proses pembaikkan.

I'm trying to heal this infected heart.

Jadi aku ingin berdiam diri.

Mungkin aku takkan tampil kehadapan lagi... kerana satu kali ini sudah membuat diriku gugur dalam lurusnya jalan.

Wahai Nouman Ali Khan, bagaimana dirimu menangkis segala pujian? Diriku baru sekecil ujian, duniaku telah tergegar. Aku ingin kembali. Kembali menjadi si pencari ilmu. Kembali pada Furqan cintaku.

Pada ukhti yang berani bersuara padaku, tamparlah aku bila perlu. Jazakillahu khaiyran katheera ku ucapkan dahulu.

Aku masih akan tetap berada disini, don't worry.

Tolong doakan aku.

Aku perlu.

Sunday, March 22, 2015

Tatapan Rindu

Rindu ibu. Sekarang bila melalui sesi Skype, biar segala tazkirahnya aku tulis. Kerana... kata-katanya mungkin akan aku cari-cari bila dia tiada nanti... Segala yang hidup pasti akan mati. Diriku juga. Dirimu juga. Jadi aku rasa sesuatu penulisan itu membantu membuat roh seseorang itu kekal ada. Jadi Ma, aku ingin simpan segala kata-katamu. Untuk tatapanku tika rindu.

"Kita hidup atas pentas dunia. Bila Allah dah bagi ilmu dan ugama, terus tangkap. Jangan biarkan. Biarlah sedikit ilmu, asal kita amalkan secara bersederhana.

Yang penting zikir. Zikir bersihkan hati kitani. Jauhkan dari sifat marah. Sentiasa bersihkan hati.

Zikir Sarah. Time duduk, duduk, zikirrrr saja. Walaupun hati kitani taknak, buat saja. Hati jangan biar kosong.

Jangan biar diri terpengaruh."

Terima kasih ibu. Kaulah inspirasiku.

Buat masa ini diriku sedang mendengar perkongsian Akak kesayangan, Akak Fatimah Syarha tentang penulisan :)



Thursday, March 19, 2015

Adikku Sayang..

Duhai adikku sayang,

Kakakmu yang seorang ini hendak meminta maaf, kerana dia bukanlah insan yang terbaik untuk menjadi contoh bagimu.

Adikku sayang,

Walaupun kau memanggil ku "Kaka" dan diriku juga menerima panggilan itu, aku akui, aku tidak layak untuk menerima panggilan itu. Diriku masih lagi bersifat keanak-anakan. Suka berjenaka, suka menyindir, suka cari pasal. Jadi wajarkah diriku menjadi seorang kakak buatmu? Telah dikatakan "Ketawa itu mematikan hati". Kakakmu ini terkadang bangga kerana digelar Kaka. Namun itu cuma reputasi. Khilaf diri. Itu cuma duniawi.

Benci.

Adikku sayang,

Maafkan aku jika perkataanku mengguris hatimu. Namun, atas dasar kerana kau menghormatiku, kau diam. Kakakmu ini juga insan biasa. Jika ada tersalah, sila tegur. Namun aku akui, egoku akan tercalar, namun aku akan kuatkan diri untuk menerimanya. Mungkin dalam masa satu malam, satu hari and dua hari... Kerana semua peringatan, cuma dari Ilahi.

Adikku sayang,

Berkali-kali kakakmu ini muhasabah diri, teringin menjadi kakak yang layak dihormati. Ingin diriku menjadi kakak yang sentiasa tersenyum, menjadi pendengar buat segala masalahmu, selalu menjadi pembimbingmu, selalu menjadi tulang belakangmu. Tapi malangnya, diriku bukan begitu. Qudwahku masih belum sesempurna kakak-kakak yang dahulu. Aku ingin menjadi diriku, tanpa menjadi klon mereka. Namun aku masih tewas dalam jahiliyyah diriku.

Adikku sayang,

Kakakmu yang seorang ini masih selfish yang teramat. Dirimu yang sedang kecarian disana namun aku tidak dapat bersamamu lantaran kesibukkan duniawi, iaitu kerja-kerja uni yang berlambak. Kerana diriku belum sangat pandai menjaga masa. Cuma pentingkan diri, diri dan diri. Sampai kini.

Benci.

Adikku sayang,

Apabila aku melihatmu membuat sesuatu kesilapan, terkadang lidahku terkelu untuk menegurnya. Kerana aku tidak ingin hatimu terguris. Namun lebih kesalnya diriku bila tidak mampu mencari wasilah (jalan) yang lebih indah untuk menunjukkan nya padamu, iaitu dari akhlakku sendiri. Dulu aku juga seperti dirimu, khilaf. Namun sekarang, diriku sudah boleh menepisnya. Namun kenapa diriku masih menyorokkan kebenaran kerana malu, malu padamu. Jahilnya kakakmu ini.

"Wahai Ahli Kitab! Mengapa kamu mencampuradukkan kebenaran dengan kebatilan, dan kamu menyembunyikan kebenaran, padahal kamu mengetahui?"
[Ali-'Imran: 71]

Adikku sayang,

Yang cuma mampu ku beri, ialah kasih sayang dari segi kebersamaan yang menghangatkan dan kata-kata berapi untuk jiwa. Mungkin sedikit bagimu, tapi bagiku itulah kemampuanku buat setakat ini. Aku tahu aku punya potensi untuk lebih lagi, tapi pembesaranku terhenti setakat disini buat kini atas dasar kesibukkan duniawi. Aku tahu ia satu alasan tapi... aku tidak terkata lagi.

Adikku sayang,

Terimalah cintaku yang penuh cacat cela ini. Selagi hati ini mampu mencintai, mampu merindui, akan ku curahkan segalanya buatmu. Kerana dirimu, amanah untukku. Kau ukhti, saudara seIslami. Dengan kelemahan, aku mencintai. Dan dalam kelemahan, punya keikhlasan yang aku cuba untuk sentiasa teguhkan. Aku akan sentiasa simpan namamu didalam Doa Rabithah ku. Itu pasti.

Adikku sayang,

Sekali lagi Kaka minta maaf. Kerana Kaka bukanlah yang terbaik buatmu...

Saturday, March 14, 2015

Biar Ramai Membencimu..

Biar ramai membencimu
Namun bila kau menegakkan kebenaran
Usah ragu Allah bersamamu

Biar ramai membencimu
Namun jika Allah menyayangimu
Itu sudah cukup buat dirimu

Biar ramai membencimu
Namun jika kau masih kukuh berdiri
Tetaplah pada langkahmu

Biar ramai membencimu
Kerana engkau telah lakukan tugasmu
Ketahuilah dalam hatiku aku cemburu

Biar ramai membencimu
Dan kau terasa bagai badai melanda
Tahulah, kami berdiri disampingmu

Biar ramai membencimu
Biar ramai menyisihkanmu
Kebenaran harus ditegakkan dibumi
Kerana akhirat itu sesuatu yang pasti

Islam itu datangnya asing
Dan akan kembali asing
Jadi tersenyumlah wahai pejuang
Kerana engkau, seorang mujahid!

"Dan janganlah kamu (merasa) lemah dan jangan (pula) bersedih hati, sebab kamu paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang beriman."
[Ali-'Imran: 139]

Tuesday, March 10, 2015

Muhasabah Maut

يٰۤاَيُّهَا الَّذِيۡنَ اٰمَنُوۡا لِمَ تَقُوۡلُوۡنَ مَا لَا تَفۡعَلُوۡنَ
"Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?"
[As-Saff: 2]

Kata-kata keramat buat diriku dan seorang ukhti. Aku merenung kembali dua minggu lalu. Itulah pertama kali selama hidupku berada di bumi UK, untuk menghadapi sakit yang bermula dari muntahnya segala isi perutku sehari sebelum aku bercerita tentang kisah seorang pemuda (ghulam). Entah barangkali pemakanan ku tidak teratur. Atau adakah aku diserang 'anxiety'?

Minggu hadapannya aku diserang migraine yang berlanjutan selama 4 hari, disertai oleh batuk-batuk dan selesma. Hari pertama aku migraine, aku cuba meraih simpati ibuku. Aku rindukan doa dan perhatian seorang ibu. Jadi aku berbicara dengan ibu melalui Skype. Aku mengharapkan belas kasihannya. Namun ibuku tetap ibuku. Dialah yang mengajarkanku untuk tabah. Segala curhat hatiku dibalas dengan kefahamannya tentang diriku. Rindu pada ibuku. Balasnya curhatku dengan bahasa Singapura yang sentiasa bersemadi dengan dirinya:

"Mak masak dah dengan kau tu. Kau muntah pasal kau makan tak tentu. Yelah siapa suruh makan makanan tak berkhasiat. Lain kali makan sayur, makan oat pagi-pagi, malam makan buah-buahan. Minum jus buah. Tak payah makan banyak ayam. Tengok tu pipi kau tu dah tembam. Time makan jangan lupa zikir 'Ya Wajid'. Kau tu kurang berzikir kali (OUCH). Latihkan diri untuk selalu berzikir. Lah bukannya susah sangat pun untuk berzikir."

Tazkirah yang kini selalu ku tunggu-tunggu. Walau harapanku untuk dilayan seperti seorang bayi, aku lebih bersemangat mendengar kata-kata motivasi (walau perit sekali). Aku akhiri perbualan kami dengan, "Ma, doakan aku ah..."

Paling indahnya diwaktu sakitku itu, betapa akrabnya aku dengan ajalku. Setiap minit ia bermain dimindaku. Pada malam kedua migraine ku, aku ingin tidur di lantai mengikut kebiasaanku agar aku mampu bangun untuk tahajjud. Atas dasar kerana bilikku kecil, kepalaku harus membelakangi pintuku. Namun bila aku telah berbaring di lantai, terlintas difikiranku,

"Kalau aku mati malam ani cemana? Kalau aku langsung inda keluar bilik, apabila orang buka pintu, kepalaku akan terhantuk, and maybe it will take a while for people to find out aku telah mati. No no no, tidur bisai-bisai. Mungkin hari terakhirmu."

Dan malam esokkannya, aku cuba untuk tidur di katil. Aku buka tudungku setelah membaca Surah As-Sajdah dan Surah Al-Mulk. Saat kepalaku berhubung dengan bantal, fikiranku melayang:

"Kalau aku mati... bisaikah orang meliat aku inda bertudung?"

Lantas aku terus sarung kembali tudung masukku, dan cuba untuk pejam mata, bertafakkur menyediakan diri untuk mati.

Begitu banyak bermain diminda tentang ajalku. Indah. Sungguh indah. Kebahagiaan sakit adalah mengingati mati. Memang wajar kita semua dipanggil "insan" iaitu yang selalu lupa. Kita alpa akan mati apabila diri sihat wal'afiat.

Sesuatu yang ajaib ketika seminggu waktu tenatku ialah bila satu juz sehari menjadi penawarku. Tika ku memula melafazkan kalam Ilahi, diriku menjadi segar dan bertenaga. Namun tamatnya tilawahku dengan do'a sesudah tilawah, aku kembali lemah dan tidak bermaya. Aku cuma mampu bergantung pada kata-kataNya.

Di minggu depannya bila aku fikir aku telah sihat, aku telah muntah sebelum pergi ke kelas. Namun aku gagahkan diri untuk pergi. Tak disangka-sangka, 30 minit setelah kelas bermula aku terpaksa berlari ke tandas dan cuma menunggu tiba waktunya untuk isi diperutku keluar dari mulutku.

Aku cuma mampu muhasabah. Sakit itu kafarrah dosa. Jadi... betapa banyak dosa yang telah aku lakukan sampai ia berlanjutan begitu?

Sekarang, diwaktu sihatku, aku akui, fikiran tentang mati itu berkurang. Dalam harapan tidurku aku akan bangun lagi keesokkan harinya. Kerdil, sungguh kerdil nya aku.

Aku baca lagi ayat, "Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?[As-Saff: 2]. Mungkin aku telah terlepas pandang dalam amalan harianku, atau perbuatanku. Ayat ini ayat yang menggoncangkan hati dan mindaku untuk sentiasa memuhasabah.

Sekali lagi...

"Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?[As-Saff: 2]

Gagahkan Aku

Tidak ku sangka,
selama ku di dalam kegelapan,
Kau bimbingku kembali ke cahaya-Mu.

Gagahkan langkahku,
hingga pada suatu ketika,
ku mampu melihat keindahan wajah-Mu.

Ya Ilahi.

Thursday, March 5, 2015

Destinasi

Kesini kesana aku berlari
Setelah sekian lama manakah destinasi
Yang ku tahu aku masih mencari
Mencari-cari sebuah erti

Nanti!
Rasa ingin berhenti
Kerana aku pun tak pasti
Adakah ini cuma satu fantasi

Semua ini hanya mimpi
Hingga satu saat nanti aku mati
Permulaan kehidupan sebuah realiti
Buku diberi sebelah kanan atau kiri...?