Duhai adikku sayang,
Kakakmu yang seorang ini hendak meminta maaf, kerana dia bukanlah insan yang terbaik untuk menjadi contoh bagimu.
Adikku sayang,
Walaupun kau memanggil ku "Kaka" dan diriku juga menerima panggilan itu, aku akui, aku tidak layak untuk menerima panggilan itu. Diriku masih lagi bersifat keanak-anakan. Suka berjenaka, suka menyindir, suka cari pasal. Jadi wajarkah diriku menjadi seorang kakak buatmu? Telah dikatakan "Ketawa itu mematikan hati". Kakakmu ini terkadang bangga kerana digelar Kaka. Namun itu cuma reputasi. Khilaf diri. Itu cuma duniawi.
Benci.
Benci.
Adikku sayang,
Maafkan aku jika perkataanku mengguris hatimu. Namun, atas dasar kerana kau menghormatiku, kau diam. Kakakmu ini juga insan biasa. Jika ada tersalah, sila tegur. Namun aku akui, egoku akan tercalar, namun aku akan kuatkan diri untuk menerimanya. Mungkin dalam masa satu malam, satu hari and dua hari... Kerana semua peringatan, cuma dari Ilahi.
Adikku sayang,
Berkali-kali kakakmu ini muhasabah diri, teringin menjadi kakak yang layak dihormati. Ingin diriku menjadi kakak yang sentiasa tersenyum, menjadi pendengar buat segala masalahmu, selalu menjadi pembimbingmu, selalu menjadi tulang belakangmu. Tapi malangnya, diriku bukan begitu. Qudwahku masih belum sesempurna kakak-kakak yang dahulu. Aku ingin menjadi diriku, tanpa menjadi klon mereka. Namun aku masih tewas dalam jahiliyyah diriku.
Adikku sayang,
Kakakmu yang seorang ini masih selfish yang teramat. Dirimu yang sedang kecarian disana namun aku tidak dapat bersamamu lantaran kesibukkan duniawi, iaitu kerja-kerja uni yang berlambak. Kerana diriku belum sangat pandai menjaga masa. Cuma pentingkan diri, diri dan diri. Sampai kini.
Benci.
Benci.
Adikku sayang,
Apabila aku melihatmu membuat sesuatu kesilapan, terkadang lidahku terkelu untuk menegurnya. Kerana aku tidak ingin hatimu terguris. Namun lebih kesalnya diriku bila tidak mampu mencari wasilah (jalan) yang lebih indah untuk menunjukkan nya padamu, iaitu dari akhlakku sendiri. Dulu aku juga seperti dirimu, khilaf. Namun sekarang, diriku sudah boleh menepisnya. Namun kenapa diriku masih menyorokkan kebenaran kerana malu, malu padamu. Jahilnya kakakmu ini.
"Wahai Ahli Kitab! Mengapa kamu mencampuradukkan kebenaran dengan kebatilan, dan kamu menyembunyikan kebenaran, padahal kamu mengetahui?"
[Ali-'Imran: 71]
"Wahai Ahli Kitab! Mengapa kamu mencampuradukkan kebenaran dengan kebatilan, dan kamu menyembunyikan kebenaran, padahal kamu mengetahui?"
[Ali-'Imran: 71]
Adikku sayang,
Yang cuma mampu ku beri, ialah kasih sayang dari segi kebersamaan yang menghangatkan dan kata-kata berapi untuk jiwa. Mungkin sedikit bagimu, tapi bagiku itulah kemampuanku buat setakat ini. Aku tahu aku punya potensi untuk lebih lagi, tapi pembesaranku terhenti setakat disini buat kini atas dasar kesibukkan duniawi. Aku tahu ia satu alasan tapi... aku tidak terkata lagi.
Adikku sayang,
Terimalah cintaku yang penuh cacat cela ini. Selagi hati ini mampu mencintai, mampu merindui, akan ku curahkan segalanya buatmu. Kerana dirimu, amanah untukku. Kau ukhti, saudara seIslami. Dengan kelemahan, aku mencintai. Dan dalam kelemahan, punya keikhlasan yang aku cuba untuk sentiasa teguhkan. Aku akan sentiasa simpan namamu didalam Doa Rabithah ku. Itu pasti.
Adikku sayang,
Sekali lagi Kaka minta maaf. Kerana Kaka bukanlah yang terbaik buatmu...
Adikku sayang,
Terimalah cintaku yang penuh cacat cela ini. Selagi hati ini mampu mencintai, mampu merindui, akan ku curahkan segalanya buatmu. Kerana dirimu, amanah untukku. Kau ukhti, saudara seIslami. Dengan kelemahan, aku mencintai. Dan dalam kelemahan, punya keikhlasan yang aku cuba untuk sentiasa teguhkan. Aku akan sentiasa simpan namamu didalam Doa Rabithah ku. Itu pasti.
Adikku sayang,
Sekali lagi Kaka minta maaf. Kerana Kaka bukanlah yang terbaik buatmu...
No comments:
Post a Comment