Nama yang berulang-ulang difikirkan ku di bulan Ramadhan
Kini di pagi Syawal nama itu tetap berlegar diminda
Ka'ab bin Malik.
Manakah Ka'ab pada Perang Tabuk?
Dia terleka dan akhirnya tertinggal.
Bukan dia tidak ingin ya Rasulullah. Sama sekali bukan kerana dia tidak ingin.
Tapi... dia hanya terlalai.
Lalai beberapa detik yang menjadi waktu yang panjang.
Bukankah dia telah berjanji untuk menyerahkan jiwa raganya untuk Islam?
Lantaran itu 50 hari para sahabat berdiam diri.
Salam tidak berbalas.
Sepi, sunyi, sendiri- hanya berbalik kepada Ilahi.
Aku balik-balik terfikir.
Adakah aku juga leka dengan "duniaku"?
Aku mohon tidak.
Aku mohon tidak.
Aku mohon tidak.
Ka'ab bin Malik.
Kau tak berputus asa.
Kau kejar redha dan keampunanNya.
Kau hambaNya yang setia.
Hari ke 50.
"Wahai Ka'ab bin Malik. Bergembiralah! Bergembiralah!"
Allah telah memberi keampunan dek kejujuranmu. Berbahagialah. "Berangkatlah kamu baik dalam keadaan merasa ringan maupun berat, dan berjihadlah kamu dengan harta dan dirimu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui."
[9: 41]
Hari kemenangan telah tiba. Ruh, kau bagaimana?
No comments:
Post a Comment