Sunday, May 31, 2015

Kau Api

Hakikat yang sepatutnya tersembunyi
Kini telah diakui tanpa rasa sangsi
Bangkitlah kemampuannya untuk berdiri
Hamasah yang kunjung padam kini semakin berapi

Bersendirian menyendiri dan menyepi
Tidak ingin yang lain mengetahui
Dihulurkan tangan tapi ego meninggi
Biarlah dirinya saja yang terseksa sendiri

Keberadaannya mampu mengubah sang pencari
Semangatnya meresap ke jiwa yang ingin kembali
Kekuatan nawaitu untuk menyedarkan hakikat Azali
Yang lainnya cuma berharap dia menyedari

Bersabarlah dalam menyambung risalah yang diberi
Dan usah gentar akan kenyataan dunia ini
Kerana ia akan berakhir mungkin.. tidak lama lagi
Akan pulang juga kita ke tempat yang diimpi

Kerana Dia menepati segala janji.

Sedar tak sedar semenjak dua menjak kebelakangan ini... hatiku dan mindaku juga lidahku bertutur dalam bahasa Barat. Terkadang... ianya memenatkan. Sebelum ku terhanyut dalam keBaratan (*ketawa kecil)... aku ingin mengasah kembali bahasa yang sepatutnya dekat dengan jiwaku. (Umm.. Arab? Eh) Alhamdulillah semasa sedang mengulangkaji pelajaran menggunakan komputer milik universiti... ku menemui sebuah fail yang bertajuk "Puisi". Didalamnya tertulis...

"Hakikat yang sepatutnya tersembunyi
Kini telah diakui tanpa rasa sangsi"

Jadi dalam keserabutan ingin memahami modul yang dipelajari... ku gagahkan diriku untuk menyiapkan puisi yang tergendala waktu itu. Menceritakan kisah yang dekat pada hatiku (dari perspektif diriku)... tentang pemuda-pemudi yang apabila mengetahui akan kebenaran yang memahitkan, mereka dihimpit satu rasa yang memeritkan. Bukan disengajakan cuma takdir telah menetapkan. Sungguh banyak yang ku pelajari dalam detik waktu yang telah berlalu. Syurkan Lillah...

Jadinya diriku disini... cuma mampu memberi kata-kata yang ku harap mampu merangsang kembali semangat mereka menjadi tunggak keadilan.

Bangkitlah kita wahai pemuda-pemudi Kahfi!

Saturday, May 30, 2015

Bersendiri

Walau ku bersendiri, dalam hati punya taman yang bersemi
Dengan tautan hati, terpatri kerana Ilahi

Walau ku bersendiri, aku tidak sunyi
Kerana Doa Rabithah berbunyi, sejernih embun pagi

Walau ku bersendiri, cintaku tetap kekal abadi
Bukan sekadar mimpi, akan ku bawa ke syurga tertinggi

Bagimu yang faham isi hatiku
Bicara ini hadiah khas buatmu
Bersendiri, aku merinduimu.

Thursday, May 14, 2015

Pilihan

Aku lelah.

Aku rebah.

Aku jatuh.

Aku ingin lari dari realiti.

Betapa ingin diri untuk sentiasa berada dalam kelelapan.

Rasa seperti tidak sanggup untuk bangun dan membiarkan minda kembali berfikir.

Namun hakikatnya selagi ajal belum tiba aku tetap akan bangun. Dan aku punya pilihan.

Sama ada untuk menerima atau menolak kenyataan. Pilihanku akan membuka tirai jalan untuk masa hadapanku.

Yang penting. Aku rasa aku telah jauh dariNya. Kebergantungan semakin berkurangan. Hiba. Hatiku sedikit demi sedikit telah mengeras. Segala usaha yang ku lakukan untuk menyucikan karak di hati ini kini pudar dimakan dosa.

Tapi Alhamdulillah...

Aku bersyukur punya support system yang sentiasa ada. Walau kami berjauhan, namun titipan kata-kata semangat buat ku ingin bangkit walau ku harus merangkak.

Jalan cinta ini sungguh indah! Walau ku rebah, Dia masih memanggilku. Moga aku tetap tegak di jalan cinta para pejuang ini...


Ku baca kembali kisah Ka'ab ibn Malik. Ka'ab yang fasih berkata-kata, tapi dihadapan Allah dan RasulNya dia cuma mampu berkata, "Aku tidak punya alasan.." ketika tidak mengikuti perang Tabuk. Kerana mungkin sahabat yang lainnya akan termakan dengan keindahan kata-katanya... namun Allah lebih mengetahui.

Dia menjadi satu inspirasi. Inspirasi keteguhan. 50 hari berada dalam kegelapan... Rasulullah S.A.W sendiri berpaling kepadanya. Namun dia teguh menerima hukuman... sehingga utusan kerajaan lain untuk menjadikannya seorang diplomat, dia tolak mentah kerana memilih Allah dan RasulNya. Kerana dia tahu itu satu pilihan antara dunia.. atau akhirat. Dan dia memilih akhirat :')

"Dan terhadap tiga orang yang ditangguhkan taubatnya, hingga apabila bumi telah menjadi sempit bagi mereka, padahal bumi itu luas, dan jiwa mereka pun telah sempit terasa oleh mereka, serta mereka mengetahui bahawa tidak ada tempat lari dari Allah, melainkan kepadaNya sahaja. Kemudian Allah menerima taubat mereka agar mereka tetap  dalam taubatnya. Sesungguhnya Allah lah Yang Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang."
[At-Taubah: 118]