Apabila ditanya siapa dalam hati,
Diri berkata, "Allah",
Namun kenapa diri merindui seseorang,
seseorang yang tidak pasti?
Ah, aku ingin tampar diri!
Buat jiwa yang meragui takdir Ilahi,
Tiba masanya kau bangkit,
Letak cinta Ilahi, Rasul, Quran dan ilmu di hati.
Jika dia lelaki, dia akan datang dengan lamaran,
bukan janji-janji,
Ya, itu lelaki Islam sejati,
Percaya pada Allah, kerana janjiNya pasti!
Ngerinya apabila terbuai dek cinta,
Misi khalifah jadi terabai,
Tertinggal di awangan.
Bangunlah ya syabab!
Umat memerlukanmu.
Buku cerita cintaku,
Mungkin saja ia terjadi,
Atau mungkin saja nyawaku diambil dahulu,
Jadi percaya pada ketentuanNya,
Yang penting sekarang aku maju,
Memperbaiki diri,
Mempercayai qadar Ilahi.
Jadi cerita cintaku,
Aku mohon,
Berhenti setakat disini.
Kembali padaku,
Apabila aku telah tulus mencintai Ilahi,
Memperbaiki niat diri,
Di setiap liku perjalanan hidup ini.
Allah, bantu aku,
HambaMu yang hina ini.
Aku benci diriku yang menjadi tidak keruan pabila memikirkan sesuatu yang tidak pasti. Aku benci diriku yang memikirkan perihal cinta walhal perihal umat diluar sana begitu memerlukan. Sungguh aku malu. Adakah aku yang tidak menjaga hati? Ya, memang. Akulah yang salah. Aku yang tidak menjaga hati. Professional juga perlu batas. Aku tahu ini fitrah. Ini lumrah. Aku tahu tidak salah. Namun tidak ku sangkal, aku juga wanita. Wanita yang punya angan-angan yang tinggi. Bila diriku sedang menyadari, disini aku patut berhenti.
Aku rindu suatu ketika, aku langsung tidak menghiraukan perihal cinta. Aku rindu suatu ketika, diriku tenggelam menggapai cita-cita. Sekarang aku mampu hanyut, terbuai dek cinta. Allah, bantu aku! Aku tidak ingin hanyut! Telah ku lihat tenggelamnya yang lain. Aku tidak ingin begitu. Tidak. Aku inginMu ya Allah. Biar Engkau menentukan segala kisah hidupku ini.
Ubatnya? Aku patut rujuk kembali buku Rasulullah S.A.W, para sahabat, para tabi'en, tokoh-tokoh Islam. Aku ingin menyelam hidup mereka, pengorbanan mereka. Aku masih muda, punya hamasah, punya jiddiyah. Aku perlu menyalurkan tenagaku kearah yang jelas dan nyata. 51:56 dan 2:30. Yang lain akan tiba, bila waktunya.