Monday, December 29, 2014

Kerana Agamamu..


"Aku mencintaimu kerana agamamu. Jika hilang agamamu, maka hilanglah cintaku padamu." (Imam An Nawawi)

Sahabat, aku rindu dan aku impikan kembali suatu ketika Islam megah dalam diri. Kerana kita cermin sesama sendiri adakah bermaksud kelemahanku yang membuat dirimu begini? Aku minta maaf. Aku akan berusaha lebih dekat padaNya. Kau sentiasa dalam doaku. Doa Rabithah kita.

"Harus kau percaya dengan pasti, dunia tidak kekal abadi. Hanya menguji cekalnya hati, sebagai khalifah yang sejati."

Sunday, December 21, 2014

Bercinta

Bercinta dengan Dia, seindah cinta, kalah segalanya. Sungguh, Pencipta cinta lebih tahu cinta dari si dia. Jadi pilihlah Dia dan yakin Dia telah memilih untukmu. Percayalah, Dia Sang Pencinta. 

 إنما وليي الله وصالح المؤمنين

Wednesday, December 17, 2014

Komunikasi

Terlalu sibuk mencari cinta dari jejaka/wanita yang mengingatkan kita tentang Allah sehingga terlalai mencari cinta dari Allah sendiri. Adakah maksudnya tanpa kehadiran mereka, kita tidak dekat dengan Allah? Sesungguhnya tiada perantaraan diantara hubungan kita dengan Allah. Apabila kita menemui insan yang mengingati kita tentang Allah, rasanya adakah solat akan makin khusyuk? Atau terbuai diawang-awangan tentang cinta selepas Takbiratul Ihram?

Sahabat, bukalah surat cinta dari Penciptamu.

Tuesday, December 16, 2014

Ragamku

Mohon jika ku terlena, bangkitkan aku
Aku lemah, aku layu
Mata ingin pejam,
Ingin pergi jauh dari sang alam,
Ku sayu, rasa syahdu,
Rasa ingin kembali ke pangkuanNya dulu,
Serius, ini bukan puisi,
Ini ragam,
Ragamku.

Monday, December 8, 2014

Setakat Disini

Apabila ditanya siapa dalam hati,
Diri berkata, "Allah",
Namun kenapa diri merindui seseorang,
seseorang yang tidak pasti?
Ah, aku ingin tampar diri!
Buat jiwa yang meragui takdir Ilahi,
Tiba masanya kau bangkit,
Letak cinta Ilahi, Rasul, Quran dan ilmu di hati.

Jika dia lelaki, dia akan datang dengan lamaran,
bukan janji-janji,
Ya, itu lelaki Islam sejati,
Percaya pada Allah, kerana janjiNya pasti!
Ngerinya apabila terbuai dek cinta,
Misi khalifah jadi terabai,
Tertinggal di awangan.
Bangunlah ya syabab!
Umat memerlukanmu.

Buku cerita cintaku,
Mungkin saja ia terjadi,
Atau mungkin saja nyawaku diambil dahulu,
Jadi percaya pada ketentuanNya,
Yang penting sekarang aku maju,
Memperbaiki diri,
Mempercayai qadar Ilahi.

Jadi cerita cintaku,
Aku mohon,
Berhenti setakat disini.
Kembali padaku,
Apabila aku telah tulus mencintai Ilahi,
Memperbaiki niat diri,
Di setiap liku perjalanan hidup ini.
Allah, bantu aku,
HambaMu yang hina ini.

Aku benci diriku yang menjadi tidak keruan pabila memikirkan sesuatu yang tidak pasti. Aku benci diriku yang memikirkan perihal cinta walhal perihal umat diluar sana begitu memerlukan. Sungguh aku malu. Adakah aku yang tidak menjaga hati? Ya, memang. Akulah yang salah. Aku yang tidak menjaga hati. Professional juga perlu batas. Aku tahu ini fitrah. Ini lumrah. Aku tahu tidak salah. Namun tidak ku sangkal, aku juga wanita. Wanita yang punya angan-angan yang tinggi. Bila diriku sedang menyadari, disini aku patut berhenti.

Aku rindu suatu ketika, aku langsung tidak menghiraukan perihal cinta. Aku rindu suatu ketika, diriku tenggelam menggapai cita-cita. Sekarang aku mampu hanyut, terbuai dek cinta. Allah, bantu aku! Aku tidak ingin hanyut! Telah ku lihat tenggelamnya yang lain. Aku tidak ingin begitu. Tidak. Aku inginMu ya Allah. Biar Engkau menentukan segala kisah hidupku ini.

Ubatnya? Aku patut rujuk kembali buku Rasulullah S.A.W, para sahabat, para tabi'en, tokoh-tokoh Islam. Aku ingin menyelam hidup mereka, pengorbanan mereka. Aku masih muda, punya hamasah, punya jiddiyah. Aku perlu menyalurkan tenagaku kearah yang jelas dan nyata. 51:56 dan 2:30. Yang lain akan tiba, bila waktunya.

Thursday, December 4, 2014

Kembali

Ku berada di tepi jurang api,
panasnya diselubungi oleh kehanyutan hati,
tanpa disedari tamparan melekat di pipi,
oleh mereka yang ku panggil ukthi.
pedih malunya bagai rasa nak mati,
namun hakikatnya jiwa ku menghargai,
jazakillahu khaiyr diucapkan buat ukhti yang selalu mendambai,
diri yang lalai dibuai melodi duniawi,
mohon senantiasa menarik ku kembali,
kejalan yang lurus dan abadi,
hingga akan berjumpa di Syurga nanti..

In Sya Allah..
Semoga Allah meredhai.

Tuesday, December 2, 2014

Kau & Aku

Kau dan aku kita bercengkrama di alam fana,
Sekejap ingat sekejap alpa,
Apabila jatuh baru kembali mencari,
Kembali berpesta setelah musibah berhenti.

Kau dan aku kita manusia biasa,
Sentiasa hanyut dalam gejolak dunia,
Jangan biar emosi menganggu misi,
Bagi diri yang mencari keredhaan Ilahi.

Kau dan aku kita butuh peringatan,
Waktu demi waktu bacalah Al-Quran,
Jangan biar diri hilang ditelan zaman,
Pandulah hati kepada jalan pedoman.

Kau dan aku kita cermin sesama sendiri,
Tidak bersatu selagi belum mencintai,
Bacalah kembali sirah Rasulullah tercinta,
Amalkan sunnahnya untuk hidup bahagia.

Monday, December 1, 2014

Satu Jalan

Ihdinas siratal mustaqim,
Semoga kau dan aku meredah jalan yang lurus,
Memperbaiki diri mempercayai qadar Ilahi,
Since the best place to be is in someone's du'a,
In Sya Allah tangan akan sentiasa ku tadah padaNya,
Kalau tak sampai syurga biar ku raih pahalanya.

Kerana perjuangan ini takkan pernah henti,
Walau penat lelah kita mesti harungi,
Jom berlari hingga ke syurga yang tertinggi.

Wednesday, November 19, 2014

Time Ticks

Penat lelah semua akan pergi
Tika kakimu melangkah ke syurgawi
Apabila kau lemah untuk berbakti
Istiqamahkan sahaja jangan berhenti
Rehat sebenar itu di cari
Kerana itulah satu-satunya destinasi

Life's quick but it's a long run
Will you pause and stay for the fun
Or will you strive for the end to say that you've won
Decision is yours before the time's gone.

Tuesday, November 11, 2014

Dalam Dekapan Ukhuwah

Assalamu'alaikum wrb,



Catatan Instagram ku pada 26 December 2013:

"Alhamdulillah dengan izinNya juga, ku telah mencapai epilog Dalam Dekapan Ukhuwah.
Ingin saja ku berhenti membaca, kerana apabila saja habisnya lembaran kertas yang terakhir,
ku takut ibrahnya ku tak terlaksana tak bersemadi dengan jiwa,
wahai Sang Nabi, Sang Sahabat, indahnya kalian berada dalam dekapan ukhuwah,
bahasa yang lembut bukan seperti caraku yang mengatakan Lillah ku mencintaimu ukhti tapi akhlak ku tidak secantik perkataanku,
pengorbanan yang ikhlas bukan sepertiku, yang memikirkan kemampuan dan daya diri sebelum membenarkan ikhlas diri,
memberi cinta dengan setinggi-tinggi cinta bukan sepertiku yang menunggui cinta sebelum memberinya.

Ku ingin.. ku ingin menggapai dalam dekapan ukhuwah yang mencapai ke langit Ilahi."

Buku ini... buku yang membuatku berkobar dalam menggunakan bahasa jiwa. Jadi aku ingin menyebarkan bahagia dengan Kertas Hati. Kerana dalam hatiku punya kertas, didalamnya tersimpan kata. Dan kata-kata itu lah aku ingin dakwatkan kepada kertas. Semoga bermanfaat buatmu, sang pembaca.

Doakan aku..

dan buat dirimu.. bersinarlah!